Salam sayang kepada pembaca blog saya.
Pada bulan Oktober hingga Disember 2010, semakin ramai ibu yang mengambil bayi angkat telah berjumpa saya untuk mendapatkan kaunseling penyusuan seterusnya memulakan proses memulakan laktasi (induced lactation). Secara personal, saya amat kagum dengan usaha ibu-ibu ini yang memandang aspek penyusuan susu ibu suatu aspek yang penting untuk membantu membina kesihatan bayi dari akar umbi, selain faedah sampingan iaitu menjadikan bayi angkat tersebut bayi susuan mereka.
Ada di antara para ibu ini hanya perlu membuat proses relaktasi, manakala sebahagiannya pula perlu membuat "induced lactation". Ada perbezaan di antara kedua-dua proses ini. "Induced lactation" lebih merujuk kepada seorang wanita yang tidak pernah melahirkan anak atau menyusukan bayi, yang cuba untuk mengadakan penyusuan susu ibu. Manakala proses relaktasi pula merujuk kepada wanita yang pernah menyusukan anak yang cuba untuk mengadakan semula susu ibu untuk meneruskan penyusuan. Secara umumnya, proses "relaktasi" adalah lebih mudah dan lebih tinggi kejayaan. Namun, fakta ini bukan satu penghalang untuk seorang wanita berputus asa untuk tidak berusaha meneruskan proses "induced lactation".
Secara terperinci, tubuh badan seorang wanita yang hamil menghasilkan jumlah hormon estrogen/progesteron yang tinggi untuk membantu payudara membentuk kelenjar-kelenjar susu seterusnya mempersiapkan payudara ibu tersebut menghasilkan susu sebaik sahaja melahirkan bayi. Maka, wanita yang tidak pernah hamil mungkin "terlepas" proses ini.
Idealnya, seorang wanita yang ingin mengambil bayi angkat dan mahu menyusukan dengan susu ibu boleh memulakan proses ini sebelum bayi angkat tersebut hadir dalam hidupnya. Proses ini boleh dibuat dengan cara pemberian hormon kepada wanita tersebut (perlu berjumpa dengan doktor yang arif tentang kaedah memulakan relaktasi/"induced lactation"). Setelah kehadiran bayi, ibu boleh memulakan proses stimulasi payudara untuk menghasilkan susu. Protokol yang saya selalu gunakan adalah yang disediakan oleh Dr Jack Newman dari Newman Breastfeeding Clinic Toronto Canada. Saya mendapati ibu-ibu berjaya menyusukan bayi mereka selepas 3 hingga 4 bulan secara majoriti. Walau apapun protokol yang digunakan, asas penyusuan susu ibu tidak boleh dilupakan. Aspek ini termasuk kekerapan melakukan pelekapan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, kekerapan stimulasi/pemerahan/pengeluaran susu ibu, bayi yang perlu diajar untuk menyusu secara terus dari payudara seterusnya aspek pelekapan (latching) dan kedudukan bayi. Kebiasaannya, saya akan berusaha mengajar ibu memberi susu melalui cawan ("cup feeding") khas. Ini adalah salah satu lagi aspek penting untuk membantu bayi "melupakan" mekanisme penghisapan botol dan memudahkan pelekapan kepada puting payudara ibu.
Coretan saya di atas hanyalah ringkasan kepada proses mengadakan laktasi yang saya sarankan kepada wanita-wanita yang bertemu saya untuk tujuan ini. Untuk konsultasi penuh, saya amat menyarankan ibu-ibu membawa bayi bersama berjumpa Konsultan atau Kaunselor Laktasi berdekatan.
Saya sentiasa mendoakan supaya ibu-ibu yang berniat menyusukan bayi angkat mereka diberi sepenuh kekuatan oleh Allah demi memberi segala kebaikan kepada bayi. Sesungguhnya SUSU IBU adalah yang terbaik selamanya.
FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH
We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!