FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Sunday, July 11, 2010

Puting Oh Puting...Bila Anak Puan Berhenti Puting Tiruan?

Salam semua.
Sekadar ingin berkongsi cerita dengan para pembaca blog saya. Pada suatu masa dahulu, saya telah diajukan soalan berbunyi " Pandainya dia...(merujuk kepada kedua-dua orang anak saya)...bila dia berhenti hisap puting? (pacifier)"... hehehee....
Soalan ini diajukan oleh salah seorang ibu yang tidak menyusui secara eksklusif, serta memberi puting tiruan (pacifier) kepada anak-anaknya seawal bayi lagi. Pada mulanya saya hanya tersenyum. Setelah dia bercerita tentang kesukarannya untuk memberhentikan tabiat 'memuting' di kalangan anak-anaknya, barulah saya menjawab sebegini..."anak-anak saya memang tidak 'memuting' sejak lahir lagi". Dengan riak wajah yang agak pelik dan seakan tidak percaya dengan kenyataan saya, ibu tadi diam dan tidak menjawab pernyataan saya. Kemudian dia berkata, "rasanya mana ada bayi tak tidak perlu puting...". Hmmm... terpulanglah kepada si ibu tersebut samada mahu mempercayai kata saya atau tidak. Walau apapun, saya percaya bahawa ramai ibu-ibu yang menyusui anak secara eksklusif memang tidak perlukan puting tiruan untuk anak-anak mereka.
Mengapa saya begitu yakin dengan pernyataan ini? ini kerana ramai di kalangan anak menyusu susu ibu memang tidak perlu berputing. Mengapa perlu menipu anak kita dengan puting kosong (pacifier)? Mungkin ramai yg tidak sedar sebenarnya kita telah melakukan penipuan secara senyap kepada anak kita dengan memberinya puting kosong...seharusnya, anak kita diberi susu ibu...bukan puting kosong. Mengapa bayi menangis? Tentu ada sebabnya...lapar? tidur? basah kencing? buang air besar? ingin bermain? perlukan perhatian dari kita? Tepuklah dada dan tanya diri kita sendiri. Janganlah bila anak sudah dewasa, kita pula yg melatah bila mendapat tahu tentang perkara-perkara, walaupun kecil, ditipu oleh anak sendiri...katanya bohong sunat je...Hmmm...dalam dunia ni ada juga istilah bohong sunat rupanya, sedangkan masa sekolah dahulu, ustaz tidak pernah mengajar tentang "bohong sunat" ini.
Berbalik kepada kisah puting, perlukah sebenarnya? Puting kosong hanya menipu anak sendiri. Puting botol pula mendatangkan keburukannya sendiri. Yang pasti, hanya satu persamaan yang ketara di antara kedua-dua jenis puting ini iaitu ianya konon-kononnya memudahkan ibu bapa mengurus anak-anak yang banyak ragam. Kalau inilah tanggapan yang ada, susahlah satu hari nanti kerana semakin lama dunia akan dipenuhi dengan insan-insan yang tidak ikhlas. Untuk menjadi ibu bapa, jadilah ibu bapa yang ikhlas kepada anak-anak kita.
Apakah keburukan puting tiruan(samada puting botol mahupun puting kosong)? Pakar pergigian juga telah menyatakan kajian dan pendirian mereka bahawa puting tiruan mengganggu pertumbuhan gigi yang baik di kalangan anak-anak kita kerana ianya mengganggu gusi. Kelak akan terjadi gigi tidak tersusun rata, malah lebih teruk jika anak-anak kita menjadi "HALIMAH JONGANG". Bukan niat saya untuk memburukkan si Halimah, tetapi buat masa sekarang, itulah contoh jongang yang boleh ditunjukkan kepada sesiapa saja yang belum tahu istilah "jongang".
Apa pula keburukan yang lain jika anak tidak pon mengalami jongang? Puting tiruan adalah sangat sinonim dengan kejadian jangkitan kuman...maklumlah kadangkala puting tersebut jatuh ke lantai, kemudian hanya dibasuh atau dilap secara rambang dan seterusnya terus diberi semula ke dalam mulut anak....hmmm...sedih rasanya apabila melihat senario sebegini. Tambahan pula, kejadian karies gigi (gigi rongak) di kalangan anak-anak kecil akan lebih meningkat disebabkan tabiat memuting, terutamanya membiarkan susu botol sehingga anak tidur.
Bagaimana pula dengan puting botol? Pada hemat saya, sama juga keadaannya. Botol dan puting terpaksa dibersihkan dan disteril betul-betul untuk menyahkuman. Leceh bukan? Tambahan pula, anak akan menjadi "passive feeder", atau kata lain, hendak makan/minum pun perlu disuap sampai besar kerana dari kecil, malah ada yang seawal bayi lagi telah diberi susu botol. Ini menyebabkan saraf sekeliling otot pengunyahan tidak berkembang baik dan otot-otot sekitar mulut untuk mengunyah tidak terbiasa dengan aktiviti yang sepatutnya dilakukan, iaitu "pengunyahan". Sedihkan?
Sudahlah dan sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca blog saya. Niat saya murni, untuk membantu menaikkan martabat penyusuan susu ibu serta membantu semua meningkatkan pengetahuan yang mungkin tidak pernah kita ada sebelum ini. Saya langsung tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghukum sesiapa...sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang sepatutnya. Segala yang baik itu kurniaan Allah, dan segala yang buruk berasal dari kelemahan saya sendiri. Oleh itu, saya menyeru supaya kita kembali kepada konsep "natural parenting" dan anak-anak kita mendapat segala kebaikan bermula dengan penyusuan susu ibu.
Salam ukhuwah dari saya.

Friday, July 2, 2010

Benarkah Ada Genetik Binatang Dalam Badan Manusia?

Salam semua.
Benarkah terdapat genetik binatang dalam DNA manusia? Adakah manusia dilahirkan 100% tulen sebagai manusia? Jika benar, bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai sifat seperti binatang?
Hmmm...saya mula terfikir tentang perkara-perkara ini kerana hati saya meruntun sayu setiap kali membaca kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa dan juga kes-kes rogol terhadap wanita. Saya selalu membayangkan wajah bersih si bayi yang hatinya tulus mulus suci...namun dijumpai mati terdampar di lautan sampah, terkapai-kapai di lautan najis tandas, ada yang digonggong anjing...semua itu refleksi dosa yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka...MasyaAllah...menangis hati saya. Apakah tiada hati perut? Tidak adakah sekelumit rasa sayang terhadap janin sendiri sehingga sanggup menghukum bayi-bayi ini? Kepada yang pernah melakukan perbuatan terkutuk ini, kembalilah ke pangkal jalan, hukumlah diri anda sendiri dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan Yang Maha Pencipta, kerana anda telah menganiaya ciptaan agung Yang Maha Esa padahal anda tidak langsung mempunyai hak untuk berbuat sebegitu rupa. Saya sentiasa percaya bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Perkara-perkara seperti ini juga menunjukkan keruntuhan moral dan akhlak di kalangan generasi kita, walaupun pada waktu yang sama ada pihak bermati-matian mengatakan mereka telah melakukan perkara yang betul (sedangkan jika dilihat balik, merekalah antara punca penyumbang keruntuhan moral masyarakat). Semua pihak saling menuding jari dan isu ini tidak akan habis hingga hari kiamat. Tidak perlu saya memberi saranan-saranan untuk mengatasi masalah ini kerana di luar sana telah ada ramai bijak pandai untuk memikirkan hal ini.
Hati saya sentiasa disentak dengan pelbagai isu masyarakat, dan terbaru adalah apabila seorang wanita berumur yang telah kematian suami dirogol ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Ini adalah insiden yang tidak dilapor di dada akhbar...untuk apa juga dilaporkan sedangkan tiada langkah untuk mencegah diambil. Sedih saya melihat wanita ini. Paras rupanya jauh dari tahap yang menarik, pada fikiran saya. Badannya juga tidak mempunyai potongan yang cantik. Namun, perogol masih ada nafsu untuk melepaskan serakah syaitan kepada wanita malang ini. Ya Allah...kami sedar pembalasan yang sedang Engkau berikan kepada kaum kami ini, namun bantulah kami menuju keredhaanMu dan jalan taubat yang Engkau lorongkan.
Bukan cerita-cerita ini sahaja. Saya juga menerima kes-kes "rogol paksa-rela" di kalangan anak-anak remaja kita pelbagai bangsa, malah ada kes-kes ulangan. Apakah makna ini semua?
Saya cuba mencari kajian-kajian yang pernah dijalankan, manalah tahu ada bukti menyatakan terdapat genetik binatang dalam badan manusia...namun TIADA!!! Ini bermakna semua masalah ini berpunca dari diri kita sendiri yang gagal mengawal hawa nafsu serta gagal mendidik anak-anak kita untuk menghormati hak orang lain dan menyayangi ciptaan Allah yang lain.
Semuanya bermula dari dalam kandungan...penjagaan kandungan yang baik dan mengelakkan diri dari terdedah kepada anasir negatif. Apabila si ibu sentiasa bermatlamat positif, berfikiran baik dan beramal dengan amalan yang baik, janin telah terdidik dari dalam rahim ibu lagi. Seterusnya, apabila zuriat dilahirkan, susuilah ia dengan SUSU IBU, yang lebih tepat lagi ialah susu kita sendiri...bukan diberi SUSU BINATANG yang lain. Mungkin ini adalah titik permulaan kemasukan "Sifat" binatang dalam diri manusia...kemudian gagal mengawal hasutan syaitan yang sentiasa tidak jemu mendampingi kita dan sentiasa cuba memasukkan jarum halusnya ke dalam hati kita sejak lahir. Saya tidak nafikan bahawa SUSU IBU bukan satu-satunya faktor untuk menjadikan anak kita seorang yang baik dan tidak akan berbuat jahat apabila dia besar kelak. Sememangnya faktor yang lain turut memainkan peranan penting, contohnya cara didikan yang diberikan oleh kita dan kekuatan ilmu agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil. Namun, dengan pemberian SUSU IBU sejak lahir dan secara eksklusif akan dapat menambah faktor ke arah pembentukan seorang insan yang kamil kerana PENYUSUAN SUSU IBU memberi sejuta satu hikmah dalam diri manusia terutaam dari aspek ikatan kekeluargaan.
Terpulanglah kepada sesiapa yang masih memandang remeh kepada penyusuan susu ibu dan menganggap penyusuan susu ibu adalah suatu kerja/perbuatan/amalan yang mudah. Sekiranya mudah, mengapa tahap penyusuan eksklusif di Malaysia tidak 100%?
Fikirkanlah...
Salam ukhuwah dari saya.

Thursday, July 1, 2010

JUNE 2010 - Breastfeeding Support Group Gathering






Alhamdulillah...telah selamat menyempurnakan perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Ianya telah diadakan di Marina Wing Park, Lumut pada 26/6/2010 dan juga di Padang Polo, Ipoh pada 27/6/2010. Terima kasih kepada yang telah hadir. Walaupun tidak ramai yang menyertai kerana hari hujan pada awal paginya, perbincangan telah berjalan lancar dan topik yang telah dibincangkan berkisar kepada "Growth & Development of A Breastfed Baby". Saya percaya para ibu yang menyertainya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan tajuk tersebut. Rata-rata para ibu mempunyai pengalaman ditegur oleh jururawat klinik kerana timbangan berat anak yang agak statik dan kurang berbanding yang lain. Malah, ada di antara ibu yang menyertai perjumpaan kali ini mempunyai pengalaman hampir dipulaukan dan dikutuk oleh kaum keluarga sendiri kerana berat anak kurang ketara sewaktu umur mencecah 3-5 bulan. Saya pasti selepas menghadiri sesi ini, para ibu akan dapat menyampaikan ilmu ini kepada ibu-ibu lain di luar sana agar dapat memartabatkan penyusuan susu ibu.
Selain itu, perbincangan juga menyentuh permasalahan yang lain seperti nutrisi bayi dan permasalahan penyusuan. Syabas kepada yang hadir!!!
Jangan lupa sertai Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susu Ibu Bulan Julai 2010...membawakan topik "Breastfeeding Made Easy...Practically".