FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Wednesday, September 8, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau "World Breastfeeding Week (WBW)" adalah satu sambutan yang diadakan setiap tahun sejak 8 tahun lepas. Ianya bertujuan untuk memartabatkan penyusuan susu ibu di samping memperingatkan semua tentang kepentingan penyusuan susu ibu kepada generasi kita selain membantu mempromosi dan melindungi kepentingan penyusuan susu ibu. Setiap tahun, WBW disambut pada minggu pertama setiap Ogos (1-8 Ogos) dan semasa tempoh ini, seluruh dunia bersama-sama berganding bahu memartabatkan sambutan dengan kepelbagaian aktiviti. Pada tahun 1992, World Alliance of Breastfeeding Action (WABA) telah ditubuhkan dan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan mengkoordinasi sambutan WBW pada setiap tahun dengan menyediakan tema tahunan mengikut keperluan semasa. WABA adalah satu rangkaian global terdiri daripada jalinan pelbagai organisasi dan individu penting yang bertungkus-lumus memperjuangkan hak-hak penyusuan susu ibu di dunia bermula dari polisi penyusuan WHO (World Health Organization) dibentuk, sehingga pelancaran Innocenti Declaration, seterusnya kepada perkembangan penyusuan sekarang. Semuanya bekerjasama untuk mengembalikan penyusuan susu ibu kepada fitrahnya.
Sambutan tahunan WBW adalah untuk mempromosikan penyusuan susu ibu kepada semua. Ianya membantu kita memahami tentang penyusuan serta menyedarkan kita tentang "penjajahan minda" yang dibuat oleh syarikat-syarikat susu formula ke atas kita sejak berdekad lamanya. Betapa kita "mewarisi" racun minda ini dan bilakah kita akan sedar untuk mencari "penawar"...tepuk dada tanya selera.

Apakah aktiviti saya sewaktu sambutan WBW 2010 yang bertemakan "Penyusuan Ibu-Hanya 10 Langkah Menurut Cara Mesra Bayi"?
- Pada 1 Ogos 2010 : Malaysian Breastfeeding Per Counselor (MBfPC) telah berjaya mengambil bahagian dalam pameran sewaktu Fiesta Kajang yang bermula pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Prima Kajang. Kami telah memberi khidmat kaunseling secara percuma kepada bakal-bakal ibu bapa, mahupun kepada para ibu berkenaan permasalahan penyusuan susu ibu. Pada 1 Ogos 2010 juga, telah dianjurkan ceramah oleh Ustazah Asni bertajuk penyusuan susu ibu mengikut pandangan Islam, di samping aktiviti menarik yang dianjurkan oleh kami iaitu Pertandingan SandArt untuk kanak-kanak pelbagai kategori yang bertemakan penyusuan susu ibu, Pertunjukan Pakaian Mesra Penyusuan Susu Ibu, Pertunjukan Babywearing yang mesra penyusuan, dan penyampaian anugerah-anugerah khas untuk ibu-ibu yang berjaya melengkapkan penyusuan selama 2 tahun oleh Susuibu.com.







- Pada 2 Ogos 2010 : Terlibat dalam menjayakan 20 Hours Breastfeeding Course-Updated and Revised anjuran Hospital Seri Manjung sebagai salah seorang penceramah.

- Pada 2 Ogos 2010 : Bersama-sama meraikan Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat Hospital Seri Manjung, Perak.












- Pada 6 Ogos 2010 : Terlibat menjayakan ceramah sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010 di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak.





Semangat yang ditunjukkan oleh individu-individu di sekeliling saya dalam menjayakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada waktu ini amat mengkagumkan. Saya berharap semangat dan usaha sebegini kekal demi memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia dan ianya tidak terhad kepada minggu sambutan sahaja.

August 2010 Breastfeeding Support Group Gathering















Salam semua.
Pada 8/8/10 lalu bertempat di Padang Polo, Ipoh jam 9.00 pagi telah diadakan Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu untuk bulan Ogos 2010. Sesi ini telah dikendalikan bersama seorang lagi Peer Counselor dari MBfPC iaitu Ayang Lina.
Pada kali ini, kami telah membincangkan 2 tajuk iaitu:
1) Breastfeeding Moms Coping With Ramadhan Challenges
2) Breastfeeding Practice & Pregnancy


Alhamdulillah, seramai 6 ibu membawa bersama anak-anak dan para suami telah berjaya menghadirkan diri demi menimba ilmu penyusuan yang amat berharga. Berikut antara perbincangan yang telah dibuat:

1. Antara kebimbangan yang disuarakan sekiranya ibu menyusu berpuasa ialah:
- kurang minum air di waktu siang menyebabkan keletihan dan kurang penghasilan susu ibu untuk anak
- beranggapan tidak cukup nutrisi yang akan menyebabkan kualiti susu ibu terjejas seterusnya mungkin mempengaruhi zat anak-anak
- emosi yang penat dan bimbang terhadap kuantiti dan kualiti susu ibu yang dihasilkan pada waktu berpuasa menambahkan lagi faktor kurang pengeluaran susu ibu.

2. Antara penyelesaian yang dibincangkan untuk mengatasi tanggapan-tanggapan di atas:
- galakkan penyusuan di waktu malam hari kerana ianya mengaktifkan lagi hormon-hormon penyusuan yang memang aktif pada waktu malam.
- tingkatkan "direct feeding" di waktu siang bila bersama dengan anak. Rangsangan dari bayi lebih baik dari rangsangan sewaktu menggunakan pam.
- Yang perlu mengepam di waktu siang, konsisten adalah penting, dan jangan tertekan bila susu yang diperah hanya separuh dari keluaran biasa. Teruskan kekerapan memerah antara setiap 3 ke 4 jam.
- Bersahur adalah WAJIB dan perlu mengambil makanan yang boleh membekalkan keperluan tenaga yang mencukupi sepanjang berpuasa. Ambil manfaat dari lambakan kurma di bulan Ramadhan kerana ianya sumber yang paling mudah dan contoh makanan yang paling baik untuk keperluan kalori.
- Pemakanan sewaktu berbuka dan bersahur mestilah seimbang, tidak mengikut nafsu. Seeloknya mengambil air masak daripada air manis untuk mengelakkan dehidrasi secara senyap.
- Pada waktu malam, minumlah air secukupnya. Seelok-eloknya pengambilan air masak 6-8 gelas menjamin keperluan badan yang mencukupi. Jangan pula terlebih air kerana nanti boleh juga berlaku keadaan "toksik" air dalam badan.
- Kawal emosi supaya sentiasa positif terhadap penyusuan susu ibu. Ianya boleh membantu dalam pengeluaran susu ibu yang mencukupi untuk anak-anak.
- Sebagai orang Islam, ayat-ayat tertentu boleh dibaca. Yang paling mudah adalah dengan mengamalkan surah Al'Kauthar sewaktu memakan buah kurma. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan kita.

3. Antara isu yang diutarakan sekiranya seorang ibu mengandung menyusui anaknya pada masa yang sama:
- Anak yang di dalam kandungan akan mengidap penyakit. Anak yang disusui pada waktu itu juga akan menghidap penyakit.
- Susu akan kering sewaktu mengandung, oleh itu akan menyebabkan sakit puting payudara kerana tiada susu dihasilkan tetapi anak terus menyusu.
- Rasa susu ibu sewaktu mengandung akan berubah
- Penyusuan ketika mengandung boleh menyebabkan keguguran
- Penyusuan ketika mengandung akan menyebabkan kontraksi dan kelahiran pramatang
- Zat yang dibekalkankepada bayi dalam kandungan akan kurang menyebabkan bayi yang akan dilahirkan mengalami kekurangan zat.
- Susu badan menjadi kotor sewaktu mengandung.
- Susu yang akan dihasilkan untuk bayi yang bakal lahir nanti akan berkurang
- Ibu mengandung akan mengalami kekurangan zat untuk badannya sendiri iaitu zat besi dan kalsium.

Alhamdulillah, sebelum sesi ini berakhir, kami telah dapat membantu antara satu sama lain untuk mendapatkan penjelasan berkenaan persoalan yang bermain di fikiran masing=masing berkenaan penyusuan susu ibu.
Saya berharap ibu-ibu tidak akan jemu berkongsi ilmu dan pengetahuan di samping memberi sokongan kepada ibu-ibu yang lain. Syabas kepada semua.

Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk dan kurang itu berpunca dari kelemahan saya sendiri.
Salam ukhuwah dari saya.

July 2010 Breastfeeding Support Group Gathering




Salam sayang untuk semua.
Maaf kerana sudah lama saya tidak menjengan ke blog saya sendiri. Entah kenapa di akhir-akhir ini terlalu banyak kerja yang datang dan terlalu banyak komitmen yang perlu dicurahkan...semata-mata kerana cinta saya kepada diri, keluarga, kerjaya, dan masyarakat sekeliling saya.
Pada bulan Julai 2010, kami di Perak telah berjaya sekali lagi mengadakan sesi Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang bertempat di Padang Polo, Ipoh jam 9.00 pagi pada hari Ahad. Pada kali ini, kami telah membincangkan tajuk berkaitan perkembangan anak-anak yang menyusu susu ibu iaitu "Growth & Development of A Breastfed Child".
Kehadiran pada kali ini agak kurang kerana hari hujan pada paginya, pada masa yang sama, ada yang keliru dengan perjumpaan kami kerana ada pertandingan sukaneka diadakan pada masa dan tempat yang sama. Walau bagaimanapun, ianya sedikit pun tidak menggugat keseronokkan dan keasyikan kami membincangkan hal-hal berkaitan.
Dapat disimpulkan bahawa ramai di antara ibu-ibu tidak tahu kewujudan 2 jenis carta perkembangan di dunia ini iaitu CDC Growth Chart dan WHO Growth Chart. Dalam konteks penyusuan susu ibu, carta perkembangan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun lebih sesuai dengan WHO Growth Chart. WHO telah menyediakan carta ini dengan amat bagus setelah kajian yang terperinci dibuat. Ia mendapati bahawa walaupun sampel kajian ini diambil dari pelbagai latar belakang, kaum, bangsa dari pelbagai benua di dunia, namun hasilnya menunjukkan corak perkembangan yang serupa di kalangan anak-anak kajian ini kerana semuanya disusui secara eksklusif dengan susu ibu, ataupun mendapat susu ibu secara dominan.
Manakala jika diikut carta perkembangan yang dibuat oleh CDC (yang kebanyakkannya juga digunapakai di Malaysia, hanya data disesuaikan mengikut kaum di Malaysia), didapati bahawa anak-anak yang disusui secara eksklusif dengan susu ibu akan berada di tahap "kurang berat" dan ini menyebabkan ramai para ibu memilih untuk memperkenalkan susu formula tiruan kepada anak-anak mereka.
Mengapa WHO memperkenalkan carta perkembangan kanak-kanak yang baru? Mengapa tidak diteruskan saja pemakaian carta perkembangan CDC? Ini kerana semakin hari semakin ramai golongan kanak-kanak diklasifikasikan sebagai OBESITI dan insiden penyakit diabetes seawal kanak-kanak juga semakin meningkat. Apabila WHO menggunapakai carta perkembangan yang telah dibuat olehnya, didapati anak-anak yang diklasifikasikan sebagai tahap tumbesaran yang bagus jatuh dalam kategori obese, manakala anak-anak yang disusui susu ibu secara eksklusif yang jatuh dalam kategori "kurang berat" mengikut carta CDC tadi sebenarnya berada dalam kategori berat badan ideal mengikut carta WHO.
Untuk pengetahuan semua, sampel kanak-kanak untuk membuat carta perkembangan CDC tidak menitikberatkan aspek penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Saya harap pembaca dapat menilai setelah meniliti fakta yang saya perolehi ini daripada WHO dan CDC sendiri.
Oleh itu, kepada ibu-ibu yang pernah tertekan kerana dimarahi oleh jururawat-jururawat di klinik kesihatan/desa kerana berat anak tidak meningkat walaupun anak anda sihat, jangan gusar dan bimbang lagi. Saranan saya adalah :
1. Yakin bahawa penyusuan susu ibu memberi banyak kebaikan kepada anak-anak kita.
2. Kemudian, carilah pendapat dari doktor yang lain yang tahu tentang penyusuan susu ibu dan kaitannya dengan anak kita.
3. Sekiranya kita terbukti betul berkenaan perkembangan anak kita, janganlah dimarahi semula anggota kesihatan tersebut kerana tugas kita untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada mereka. Sharing is caring.

Bukti telah dikemukakan, apa lagi yang ditunggu? Janganlah membuat alasan untuk tidak menyusukan anak-anak kita.

Salam ukhuwah dari saya.

Wednesday, August 18, 2010

MBfPC raikan WBW 2010 1 OGOS - DI KAJANG










I supposed to update about our Malaysian Breastfeeding Peer Counselors activity during World Breastfeeding Week 2010 last month. However, due to my very tight schedules, I was unable to do so. Anyway, it is better late than NEVER!!!
We had too many activities during Fiesta Kajang, which was held on 1st August 2010 (the event started from 29th July till 1st August 2010) at Dataran Prima Saujana, Kajang Selangor...that was the first day of that very precious week and it means that we were celebrating the opening of the WORLD BREASTFEEDING WEEK 2010.
I could say that it was really enjoyable and i didn't lethargic at all due to the strongest passion in promoting breastfeeding. I would like to thank all my breastfeeding activists colleagues, mainly Kamariah, Hayatie, Hanidah, Zatul, Ayang Zarina...ooo God, I can't put all their names here because we were too many...The Strongest UKHUWAH and Network that I ever seen. THANKS THANKS THANKS...
That was one time when I had to make my move to Cameron Highlands on the second day of event (which was on 30th July) to attend a wedding reception at Equatorial Hotel, I drove all the way up there with my mind left with the MBfPC team at Kajang...and I got back my mind and my heart very soon after that when I arrived Kajang on the next day 10 a.m. Alhamdulillah.
Yes, of course the event was full of activities...we handled and organized the free one-to-one breastfeeding counselling, posters, info flyers, kids activities such as sand art paper contest (I was the one of the judges...eheheh...bidan terjun!!!), babywearing and nursing fashion shows (means that no more excuse for not to breastfeed if not medically contraindicated). The most precious moment was the very informative and encouraging talk by Ustazah Asni (one of the top ustazah in Malaysia who always make her appearance in TV3/TV9, and she is really pretty as well).
I hope this won't be the last one for us to be involved with...this is only a part of the beginning of our journey in helping the authorities and Malaysian families to start nurturing our Malaysian future generation...and it starts with BREASTFEEDING, of course.

Sunday, July 11, 2010

Puting Oh Puting...Bila Anak Puan Berhenti Puting Tiruan?

Salam semua.
Sekadar ingin berkongsi cerita dengan para pembaca blog saya. Pada suatu masa dahulu, saya telah diajukan soalan berbunyi " Pandainya dia...(merujuk kepada kedua-dua orang anak saya)...bila dia berhenti hisap puting? (pacifier)"... hehehee....
Soalan ini diajukan oleh salah seorang ibu yang tidak menyusui secara eksklusif, serta memberi puting tiruan (pacifier) kepada anak-anaknya seawal bayi lagi. Pada mulanya saya hanya tersenyum. Setelah dia bercerita tentang kesukarannya untuk memberhentikan tabiat 'memuting' di kalangan anak-anaknya, barulah saya menjawab sebegini..."anak-anak saya memang tidak 'memuting' sejak lahir lagi". Dengan riak wajah yang agak pelik dan seakan tidak percaya dengan kenyataan saya, ibu tadi diam dan tidak menjawab pernyataan saya. Kemudian dia berkata, "rasanya mana ada bayi tak tidak perlu puting...". Hmmm... terpulanglah kepada si ibu tersebut samada mahu mempercayai kata saya atau tidak. Walau apapun, saya percaya bahawa ramai ibu-ibu yang menyusui anak secara eksklusif memang tidak perlukan puting tiruan untuk anak-anak mereka.
Mengapa saya begitu yakin dengan pernyataan ini? ini kerana ramai di kalangan anak menyusu susu ibu memang tidak perlu berputing. Mengapa perlu menipu anak kita dengan puting kosong (pacifier)? Mungkin ramai yg tidak sedar sebenarnya kita telah melakukan penipuan secara senyap kepada anak kita dengan memberinya puting kosong...seharusnya, anak kita diberi susu ibu...bukan puting kosong. Mengapa bayi menangis? Tentu ada sebabnya...lapar? tidur? basah kencing? buang air besar? ingin bermain? perlukan perhatian dari kita? Tepuklah dada dan tanya diri kita sendiri. Janganlah bila anak sudah dewasa, kita pula yg melatah bila mendapat tahu tentang perkara-perkara, walaupun kecil, ditipu oleh anak sendiri...katanya bohong sunat je...Hmmm...dalam dunia ni ada juga istilah bohong sunat rupanya, sedangkan masa sekolah dahulu, ustaz tidak pernah mengajar tentang "bohong sunat" ini.
Berbalik kepada kisah puting, perlukah sebenarnya? Puting kosong hanya menipu anak sendiri. Puting botol pula mendatangkan keburukannya sendiri. Yang pasti, hanya satu persamaan yang ketara di antara kedua-dua jenis puting ini iaitu ianya konon-kononnya memudahkan ibu bapa mengurus anak-anak yang banyak ragam. Kalau inilah tanggapan yang ada, susahlah satu hari nanti kerana semakin lama dunia akan dipenuhi dengan insan-insan yang tidak ikhlas. Untuk menjadi ibu bapa, jadilah ibu bapa yang ikhlas kepada anak-anak kita.
Apakah keburukan puting tiruan(samada puting botol mahupun puting kosong)? Pakar pergigian juga telah menyatakan kajian dan pendirian mereka bahawa puting tiruan mengganggu pertumbuhan gigi yang baik di kalangan anak-anak kita kerana ianya mengganggu gusi. Kelak akan terjadi gigi tidak tersusun rata, malah lebih teruk jika anak-anak kita menjadi "HALIMAH JONGANG". Bukan niat saya untuk memburukkan si Halimah, tetapi buat masa sekarang, itulah contoh jongang yang boleh ditunjukkan kepada sesiapa saja yang belum tahu istilah "jongang".
Apa pula keburukan yang lain jika anak tidak pon mengalami jongang? Puting tiruan adalah sangat sinonim dengan kejadian jangkitan kuman...maklumlah kadangkala puting tersebut jatuh ke lantai, kemudian hanya dibasuh atau dilap secara rambang dan seterusnya terus diberi semula ke dalam mulut anak....hmmm...sedih rasanya apabila melihat senario sebegini. Tambahan pula, kejadian karies gigi (gigi rongak) di kalangan anak-anak kecil akan lebih meningkat disebabkan tabiat memuting, terutamanya membiarkan susu botol sehingga anak tidur.
Bagaimana pula dengan puting botol? Pada hemat saya, sama juga keadaannya. Botol dan puting terpaksa dibersihkan dan disteril betul-betul untuk menyahkuman. Leceh bukan? Tambahan pula, anak akan menjadi "passive feeder", atau kata lain, hendak makan/minum pun perlu disuap sampai besar kerana dari kecil, malah ada yang seawal bayi lagi telah diberi susu botol. Ini menyebabkan saraf sekeliling otot pengunyahan tidak berkembang baik dan otot-otot sekitar mulut untuk mengunyah tidak terbiasa dengan aktiviti yang sepatutnya dilakukan, iaitu "pengunyahan". Sedihkan?
Sudahlah dan sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca blog saya. Niat saya murni, untuk membantu menaikkan martabat penyusuan susu ibu serta membantu semua meningkatkan pengetahuan yang mungkin tidak pernah kita ada sebelum ini. Saya langsung tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghukum sesiapa...sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang sepatutnya. Segala yang baik itu kurniaan Allah, dan segala yang buruk berasal dari kelemahan saya sendiri. Oleh itu, saya menyeru supaya kita kembali kepada konsep "natural parenting" dan anak-anak kita mendapat segala kebaikan bermula dengan penyusuan susu ibu.
Salam ukhuwah dari saya.

Friday, July 2, 2010

Benarkah Ada Genetik Binatang Dalam Badan Manusia?

Salam semua.
Benarkah terdapat genetik binatang dalam DNA manusia? Adakah manusia dilahirkan 100% tulen sebagai manusia? Jika benar, bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai sifat seperti binatang?
Hmmm...saya mula terfikir tentang perkara-perkara ini kerana hati saya meruntun sayu setiap kali membaca kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa dan juga kes-kes rogol terhadap wanita. Saya selalu membayangkan wajah bersih si bayi yang hatinya tulus mulus suci...namun dijumpai mati terdampar di lautan sampah, terkapai-kapai di lautan najis tandas, ada yang digonggong anjing...semua itu refleksi dosa yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka...MasyaAllah...menangis hati saya. Apakah tiada hati perut? Tidak adakah sekelumit rasa sayang terhadap janin sendiri sehingga sanggup menghukum bayi-bayi ini? Kepada yang pernah melakukan perbuatan terkutuk ini, kembalilah ke pangkal jalan, hukumlah diri anda sendiri dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan Yang Maha Pencipta, kerana anda telah menganiaya ciptaan agung Yang Maha Esa padahal anda tidak langsung mempunyai hak untuk berbuat sebegitu rupa. Saya sentiasa percaya bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Perkara-perkara seperti ini juga menunjukkan keruntuhan moral dan akhlak di kalangan generasi kita, walaupun pada waktu yang sama ada pihak bermati-matian mengatakan mereka telah melakukan perkara yang betul (sedangkan jika dilihat balik, merekalah antara punca penyumbang keruntuhan moral masyarakat). Semua pihak saling menuding jari dan isu ini tidak akan habis hingga hari kiamat. Tidak perlu saya memberi saranan-saranan untuk mengatasi masalah ini kerana di luar sana telah ada ramai bijak pandai untuk memikirkan hal ini.
Hati saya sentiasa disentak dengan pelbagai isu masyarakat, dan terbaru adalah apabila seorang wanita berumur yang telah kematian suami dirogol ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Ini adalah insiden yang tidak dilapor di dada akhbar...untuk apa juga dilaporkan sedangkan tiada langkah untuk mencegah diambil. Sedih saya melihat wanita ini. Paras rupanya jauh dari tahap yang menarik, pada fikiran saya. Badannya juga tidak mempunyai potongan yang cantik. Namun, perogol masih ada nafsu untuk melepaskan serakah syaitan kepada wanita malang ini. Ya Allah...kami sedar pembalasan yang sedang Engkau berikan kepada kaum kami ini, namun bantulah kami menuju keredhaanMu dan jalan taubat yang Engkau lorongkan.
Bukan cerita-cerita ini sahaja. Saya juga menerima kes-kes "rogol paksa-rela" di kalangan anak-anak remaja kita pelbagai bangsa, malah ada kes-kes ulangan. Apakah makna ini semua?
Saya cuba mencari kajian-kajian yang pernah dijalankan, manalah tahu ada bukti menyatakan terdapat genetik binatang dalam badan manusia...namun TIADA!!! Ini bermakna semua masalah ini berpunca dari diri kita sendiri yang gagal mengawal hawa nafsu serta gagal mendidik anak-anak kita untuk menghormati hak orang lain dan menyayangi ciptaan Allah yang lain.
Semuanya bermula dari dalam kandungan...penjagaan kandungan yang baik dan mengelakkan diri dari terdedah kepada anasir negatif. Apabila si ibu sentiasa bermatlamat positif, berfikiran baik dan beramal dengan amalan yang baik, janin telah terdidik dari dalam rahim ibu lagi. Seterusnya, apabila zuriat dilahirkan, susuilah ia dengan SUSU IBU, yang lebih tepat lagi ialah susu kita sendiri...bukan diberi SUSU BINATANG yang lain. Mungkin ini adalah titik permulaan kemasukan "Sifat" binatang dalam diri manusia...kemudian gagal mengawal hasutan syaitan yang sentiasa tidak jemu mendampingi kita dan sentiasa cuba memasukkan jarum halusnya ke dalam hati kita sejak lahir. Saya tidak nafikan bahawa SUSU IBU bukan satu-satunya faktor untuk menjadikan anak kita seorang yang baik dan tidak akan berbuat jahat apabila dia besar kelak. Sememangnya faktor yang lain turut memainkan peranan penting, contohnya cara didikan yang diberikan oleh kita dan kekuatan ilmu agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil. Namun, dengan pemberian SUSU IBU sejak lahir dan secara eksklusif akan dapat menambah faktor ke arah pembentukan seorang insan yang kamil kerana PENYUSUAN SUSU IBU memberi sejuta satu hikmah dalam diri manusia terutaam dari aspek ikatan kekeluargaan.
Terpulanglah kepada sesiapa yang masih memandang remeh kepada penyusuan susu ibu dan menganggap penyusuan susu ibu adalah suatu kerja/perbuatan/amalan yang mudah. Sekiranya mudah, mengapa tahap penyusuan eksklusif di Malaysia tidak 100%?
Fikirkanlah...
Salam ukhuwah dari saya.

Thursday, July 1, 2010

JUNE 2010 - Breastfeeding Support Group Gathering






Alhamdulillah...telah selamat menyempurnakan perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Ianya telah diadakan di Marina Wing Park, Lumut pada 26/6/2010 dan juga di Padang Polo, Ipoh pada 27/6/2010. Terima kasih kepada yang telah hadir. Walaupun tidak ramai yang menyertai kerana hari hujan pada awal paginya, perbincangan telah berjalan lancar dan topik yang telah dibincangkan berkisar kepada "Growth & Development of A Breastfed Baby". Saya percaya para ibu yang menyertainya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan tajuk tersebut. Rata-rata para ibu mempunyai pengalaman ditegur oleh jururawat klinik kerana timbangan berat anak yang agak statik dan kurang berbanding yang lain. Malah, ada di antara ibu yang menyertai perjumpaan kali ini mempunyai pengalaman hampir dipulaukan dan dikutuk oleh kaum keluarga sendiri kerana berat anak kurang ketara sewaktu umur mencecah 3-5 bulan. Saya pasti selepas menghadiri sesi ini, para ibu akan dapat menyampaikan ilmu ini kepada ibu-ibu lain di luar sana agar dapat memartabatkan penyusuan susu ibu.
Selain itu, perbincangan juga menyentuh permasalahan yang lain seperti nutrisi bayi dan permasalahan penyusuan. Syabas kepada yang hadir!!!
Jangan lupa sertai Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susu Ibu Bulan Julai 2010...membawakan topik "Breastfeeding Made Easy...Practically".