FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Sunday, July 11, 2010

Puting Oh Puting...Bila Anak Puan Berhenti Puting Tiruan?

Salam semua.
Sekadar ingin berkongsi cerita dengan para pembaca blog saya. Pada suatu masa dahulu, saya telah diajukan soalan berbunyi " Pandainya dia...(merujuk kepada kedua-dua orang anak saya)...bila dia berhenti hisap puting? (pacifier)"... hehehee....
Soalan ini diajukan oleh salah seorang ibu yang tidak menyusui secara eksklusif, serta memberi puting tiruan (pacifier) kepada anak-anaknya seawal bayi lagi. Pada mulanya saya hanya tersenyum. Setelah dia bercerita tentang kesukarannya untuk memberhentikan tabiat 'memuting' di kalangan anak-anaknya, barulah saya menjawab sebegini..."anak-anak saya memang tidak 'memuting' sejak lahir lagi". Dengan riak wajah yang agak pelik dan seakan tidak percaya dengan kenyataan saya, ibu tadi diam dan tidak menjawab pernyataan saya. Kemudian dia berkata, "rasanya mana ada bayi tak tidak perlu puting...". Hmmm... terpulanglah kepada si ibu tersebut samada mahu mempercayai kata saya atau tidak. Walau apapun, saya percaya bahawa ramai ibu-ibu yang menyusui anak secara eksklusif memang tidak perlukan puting tiruan untuk anak-anak mereka.
Mengapa saya begitu yakin dengan pernyataan ini? ini kerana ramai di kalangan anak menyusu susu ibu memang tidak perlu berputing. Mengapa perlu menipu anak kita dengan puting kosong (pacifier)? Mungkin ramai yg tidak sedar sebenarnya kita telah melakukan penipuan secara senyap kepada anak kita dengan memberinya puting kosong...seharusnya, anak kita diberi susu ibu...bukan puting kosong. Mengapa bayi menangis? Tentu ada sebabnya...lapar? tidur? basah kencing? buang air besar? ingin bermain? perlukan perhatian dari kita? Tepuklah dada dan tanya diri kita sendiri. Janganlah bila anak sudah dewasa, kita pula yg melatah bila mendapat tahu tentang perkara-perkara, walaupun kecil, ditipu oleh anak sendiri...katanya bohong sunat je...Hmmm...dalam dunia ni ada juga istilah bohong sunat rupanya, sedangkan masa sekolah dahulu, ustaz tidak pernah mengajar tentang "bohong sunat" ini.
Berbalik kepada kisah puting, perlukah sebenarnya? Puting kosong hanya menipu anak sendiri. Puting botol pula mendatangkan keburukannya sendiri. Yang pasti, hanya satu persamaan yang ketara di antara kedua-dua jenis puting ini iaitu ianya konon-kononnya memudahkan ibu bapa mengurus anak-anak yang banyak ragam. Kalau inilah tanggapan yang ada, susahlah satu hari nanti kerana semakin lama dunia akan dipenuhi dengan insan-insan yang tidak ikhlas. Untuk menjadi ibu bapa, jadilah ibu bapa yang ikhlas kepada anak-anak kita.
Apakah keburukan puting tiruan(samada puting botol mahupun puting kosong)? Pakar pergigian juga telah menyatakan kajian dan pendirian mereka bahawa puting tiruan mengganggu pertumbuhan gigi yang baik di kalangan anak-anak kita kerana ianya mengganggu gusi. Kelak akan terjadi gigi tidak tersusun rata, malah lebih teruk jika anak-anak kita menjadi "HALIMAH JONGANG". Bukan niat saya untuk memburukkan si Halimah, tetapi buat masa sekarang, itulah contoh jongang yang boleh ditunjukkan kepada sesiapa saja yang belum tahu istilah "jongang".
Apa pula keburukan yang lain jika anak tidak pon mengalami jongang? Puting tiruan adalah sangat sinonim dengan kejadian jangkitan kuman...maklumlah kadangkala puting tersebut jatuh ke lantai, kemudian hanya dibasuh atau dilap secara rambang dan seterusnya terus diberi semula ke dalam mulut anak....hmmm...sedih rasanya apabila melihat senario sebegini. Tambahan pula, kejadian karies gigi (gigi rongak) di kalangan anak-anak kecil akan lebih meningkat disebabkan tabiat memuting, terutamanya membiarkan susu botol sehingga anak tidur.
Bagaimana pula dengan puting botol? Pada hemat saya, sama juga keadaannya. Botol dan puting terpaksa dibersihkan dan disteril betul-betul untuk menyahkuman. Leceh bukan? Tambahan pula, anak akan menjadi "passive feeder", atau kata lain, hendak makan/minum pun perlu disuap sampai besar kerana dari kecil, malah ada yang seawal bayi lagi telah diberi susu botol. Ini menyebabkan saraf sekeliling otot pengunyahan tidak berkembang baik dan otot-otot sekitar mulut untuk mengunyah tidak terbiasa dengan aktiviti yang sepatutnya dilakukan, iaitu "pengunyahan". Sedihkan?
Sudahlah dan sedarlah wahai kawan-kawan dan para pembaca blog saya. Niat saya murni, untuk membantu menaikkan martabat penyusuan susu ibu serta membantu semua meningkatkan pengetahuan yang mungkin tidak pernah kita ada sebelum ini. Saya langsung tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa mahupun menghukum sesiapa...sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang sepatutnya. Segala yang baik itu kurniaan Allah, dan segala yang buruk berasal dari kelemahan saya sendiri. Oleh itu, saya menyeru supaya kita kembali kepada konsep "natural parenting" dan anak-anak kita mendapat segala kebaikan bermula dengan penyusuan susu ibu.
Salam ukhuwah dari saya.

3 comments:

  1. salam nad, lovely blog..very informative..keep it up!

    ReplyDelete
  2. Thanks Ezura..sharing is caring

    ReplyDelete
  3. salam.

    saya hazwani. saya saje menyinggah di blog anda sebab mmg saya sedang search berkenaan dengan puting tiruan. thanks a lot 4 da gud infO. FYI, saya tidak mnyusu anak saya secara exclusive kerana sebab2 tertentu. agak ralat sbb semasa mngandung mmg saya berazam utk fully breastfeed anak saya. mmg kecewa n dan terkilan sgt. tapi bukan pasal bf tadi yg saya nk katakan di blog anda.ianya berkenaan puting tiruan.walaupon saya x dapat fully bf anak saya, tapi saya TIDAK PERNAH LANGSUNG memberikan anak saya puting tiruan.(anak saya kini berusia 1 tahun 2 bulan). saya tau byk keburukannya. tetapi saya agak sedih sbb ade dikalangan kawan2 saya walaupon mereka seorang guru, mereka memberikan anak2 mereka puting tiruan. bagi saya, golongan bekerja seperti itu seharusnya lebih arif dan peka. bahkan ada seorang kawan saya yg baru bersalin, anaknya itu baru berusia beberapa hari, sudah diberikan puting tiruan. alangkah sedihnya bile saya melihat bayi itu mnghisap puting tatkala baru beberapa hari melihat dunia..saya harap ibu2 di luar sana lebih peka dan sentiasa mementingkan kesihatan anak...jika tidak tahu byk perkara, search sahaja di internet..pasti byk info yg kita akan dapat. semoga perkara ini dapat diambil pengajaran. maaf menempel di blog anda...tqvm.

    ReplyDelete