Alhamdulillah...telah selamat menyempurnakan perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Ianya telah diadakan di Marina Wing Park, Lumut pada 26/6/2010 dan juga di Padang Polo, Ipoh pada 27/6/2010. Terima kasih kepada yang telah hadir. Walaupun tidak ramai yang menyertai kerana hari hujan pada awal paginya, perbincangan telah berjalan lancar dan topik yang telah dibincangkan berkisar kepada "Growth & Development of A Breastfed Baby". Saya percaya para ibu yang menyertainya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu berkaitan tajuk tersebut. Rata-rata para ibu mempunyai pengalaman ditegur oleh jururawat klinik kerana timbangan berat anak yang agak statik dan kurang berbanding yang lain. Malah, ada di antara ibu yang menyertai perjumpaan kali ini mempunyai pengalaman hampir dipulaukan dan dikutuk oleh kaum keluarga sendiri kerana berat anak kurang ketara sewaktu umur mencecah 3-5 bulan. Saya pasti selepas menghadiri sesi ini, para ibu akan dapat menyampaikan ilmu ini kepada ibu-ibu lain di luar sana agar dapat memartabatkan penyusuan susu ibu.
Selain itu, perbincangan juga menyentuh permasalahan yang lain seperti nutrisi bayi dan permasalahan penyusuan. Syabas kepada yang hadir!!!
Jangan lupa sertai Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susu Ibu Bulan Julai 2010...membawakan topik "Breastfeeding Made Easy...Practically".
insyaallah nk join...:)
ReplyDelete