Ini adalah suatu kisah berkenaan permasalahan penyusuan yang berlaku beberapa bulan lepas yang menyebabkan hati saya remuk. Beberapa bulan lepas dalam tahun 2010, saya telah dirujuk untuk memberi kaunseling penyusuan kepada seorang ibu yang baru melahirkan anak kedua. Pada waktu itu, bayinya berumur 23 hari. Ibu mudah ini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami breast abscess di payudara kanan, manakala payudara kirinya berfunsi seperti biasa. Ibu ini mengalami demam pada mulanya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya berjumpa dengannya, dia telah pun penjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah yang berkumpul dalam payudara kanan.
Apa yang menyedihkan saya ialah, ibu ini telah diberitahu oleh doktor yang merawat payudaranya yg bernanah supaya tidak meneruskan penyusuan susu ibu, malah disarankan supaya ubat untuk memberhentikan susu diberi kepadanya. Maka si ibu tadi telah mengambil saranan si doktor berkenaan dengan harapan supaya masalah payudara bernanah itu tidak berulang lagi. Apa yang lebih menyentuh hati saya ialah, si ibu ini pernah menyusukan anak pertama secara eksklusif selama 8 bulan dan diteruskan sehingga 18 bulan!!! Pada waktu saya menemui ibu ini, rasanya sudah terlambat untuk meyakinkan dia bahawa penyusuan susu ibu tetap dapat diteruskan walau mengalami keadaan breast abscess...namun kaunseling saya tidak langsung berkesan kerana pada fikirannya, "nasihat" doktor yang membedah payudaranya lebih tepat berkenaan masalah yang sedang dihadapinya.
Lihatlah apa yang terjadi dan siapa yang rugi akibat kekurangan ilmu berkenaan pengendalian masalah berkaitan penyusuan susu ibu. Saya amat berharap supaya para doktor di Malaysia peka kepada masalah ini. Jangan kerana ego kononnya tahu segala-galanya dan menganggap aspek penyusuan susu ibu suatu yang "mudah" dan "remeh", akhirnya ibu dan bayi menjadi mangsa.
Semoga kita muhasabah dan merenung kembali kisah ini.
FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH
We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhhhh. memang x dinafikan ade doktor yg mcm ni. tp pelik la, die seorang dokto, sepatutnya die lbh memahami kerana pesakit adalah seorang yg xtahu apa2
ReplyDeletereally disappointed :(
ReplyDeletesaya penah mengalami keadaan sedemikian...ms tu anak 1st, doc mmg suh mkn ubat stop susu tp susu tetap ada even hampir 3 bln lps peristiwa tu..ms tu ilmu sgt cetek & amat frust sbb x BF baby sepenuhnya.so, 2nd baby ni sy nk BF sepenuhnya..insyaAllah..
ReplyDelete