FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Wednesday, September 8, 2010

Obses Atau Tanggungjawab?

Salam untuk semua pembaca blog saya.
Alhamdulillah Tuhan kurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk saya meneruskan usaha memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia, khususnya di Perak bersama rakan-rakan lactivist yang lain (terutamanya rakan-rakan Peer Counselor dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor). Saya menganggap segala usaha yang kami buat sebagai satu fardhu kifayah, yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Mungkin ramai ibu-ibu di luar sana yang mampu menyusukan secara eksklusif tanpa dibantu, dan saya pasti ramai juga para doktor dan anggota kesihatan yang sedar tentang kepentingan penyusuan susu ibu, maka SYABAS saya ucapkan.
Menjadi seorang Lactation Counselor bukan satu perkara yang mudah. Niat saya sewaktu saya membuat keputusan untuk melangkah terus bukan didorongi rasa tamak haloba untuk berkuasa, apatah lagi untuk mencari musuh sesama sendiri mahupun menuding jari menunjuk salah kepada pihak lain. Saya sedar sekiranya saya terlebih-lebih menuding jari yang satu kepada orang lain, ada empat jari lagi menuding jari ke arah saya, tambahan pula jari-jari itu adalah dari-jari saya sendiri. Saya lebih senang sekiranya masing-masing menundukkan ego dan lebih menumpu ke arah kerjasama yang sepatutnya di jalinkan demi kebaikan penyusuan susu ibu di Malaysia.
Coretan saya di atas hanyalah selingan semata. Ada perkara lain yang membuatkan saya lebih terkilan. Pada bulan Oktober 2010, seseorang yang saya kenali dan hormati telah menuding jari ke arah saya mengatakan bahawa saya terlalu mengambil berat hal-hal penyusuan yang berlaku di sekeliling saya secara personal. Adilkah tuduhan itu dibuat? Atas dasar apa saya dituduh begitu? Namun saya hanya mampu tersenyum, kerana saya sedar siapalah saya untuk menegakkan pendirian saya. Pada saya, tak perlu saya bermati-matian menyalak mengatakan bahawa hidup saya adalah untuk memartabatkan penyusuan susu ibu. Saya tak perlu hipokrit! Saya tak mahu menjadi seorang hipokrit! Jika sikap atau sifat saya yang mengambil berat tentang ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu dan sifat saya yang amat peka kepada apa-apa agenda yang cuba menghadkan penyusuan susu ibu dipandang sebagai sesuatu yang "menyusahkan" atau dianggap terlalu "personal", dengan itu saya REDHA. Ini kerana saya tahu apa yang saya buat dan saya bertanggungjawab terhadap komitmen yang saya pilih. Saya juga sedar dan tahu untuk mengimbangkan tanggungjawab dan komitmen-komitmen yang ada.
Sedarlah wahai orang-orang yang berada di sekeliling saya. Mengapa golongan lactivist seperti kami wujud? Penyusuan susu ibu sepatutnya suatu fitrah yang tidak perlu diperjuangkan dan tidak perlu diajar. Namun, dalam dunia sekarang, ianya suatu fitrah yang perlu dibimbing dan diajar kerana ia bukan lagi azali, namun telah terlalu banyak dicemari dan dirasuk iklan-iklan syarikat susu formula yang bermaharajalela memutarbelit dan mempermainkan fakta-fakta kesihatan berkaitan penyusuan bayi.
Apapun yang diperkatakan tentang saya, saya akan terus menyokong teguh perjuangan memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.

No comments:

Post a Comment