Sambutan tahunan WBW adalah untuk mempromosikan penyusuan susu ibu kepada semua. Ianya membantu kita memahami tentang penyusuan serta menyedarkan kita tentang "penjajahan minda" yang dibuat oleh syarikat-syarikat susu formula ke atas kita sejak berdekad lamanya. Betapa kita "mewarisi" racun minda ini dan bilakah kita akan sedar untuk mencari "penawar"...tepuk dada tanya selera.
Apakah aktiviti saya sewaktu sambutan WBW 2010 yang bertemakan "Penyusuan Ibu-Hanya 10 Langkah Menurut Cara Mesra Bayi"?
- Pada 1 Ogos 2010 : Malaysian Breastfeeding Per Counselor (MBfPC) telah berjaya mengambil bahagian dalam pameran sewaktu Fiesta Kajang yang bermula pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 bertempat di Dataran Prima Kajang. Kami telah memberi khidmat kaunseling secara percuma kepada bakal-bakal ibu bapa, mahupun kepada para ibu berkenaan permasalahan penyusuan susu ibu. Pada 1 Ogos 2010 juga, telah dianjurkan ceramah oleh Ustazah Asni bertajuk penyusuan susu ibu mengikut pandangan Islam, di samping aktiviti menarik yang dianjurkan oleh kami iaitu Pertandingan SandArt untuk kanak-kanak pelbagai kategori yang bertemakan penyusuan susu ibu, Pertunjukan Pakaian Mesra Penyusuan Susu Ibu, Pertunjukan Babywearing yang mesra penyusuan, dan penyampaian anugerah-anugerah khas untuk ibu-ibu yang berjaya melengkapkan penyusuan selama 2 tahun oleh Susuibu.com.





- Pada 2 Ogos 2010 : Terlibat dalam menjayakan 20 Hours Breastfeeding Course-Updated and Revised anjuran Hospital Seri Manjung sebagai salah seorang penceramah.
- Pada 2 Ogos 2010 : Bersama-sama meraikan Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat Hospital Seri Manjung, Perak.
- Pada 6 Ogos 2010 : Terlibat menjayakan ceramah sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010 di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak.
Semangat yang ditunjukkan oleh individu-individu di sekeliling saya dalam menjayakan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada waktu ini amat mengkagumkan. Saya berharap semangat dan usaha sebegini kekal demi memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia dan ianya tidak terhad kepada minggu sambutan sahaja.
No comments:
Post a Comment