FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH
We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!
Wednesday, September 8, 2010
July 2010 Breastfeeding Support Group Gathering
Salam sayang untuk semua.
Maaf kerana sudah lama saya tidak menjengan ke blog saya sendiri. Entah kenapa di akhir-akhir ini terlalu banyak kerja yang datang dan terlalu banyak komitmen yang perlu dicurahkan...semata-mata kerana cinta saya kepada diri, keluarga, kerjaya, dan masyarakat sekeliling saya.
Pada bulan Julai 2010, kami di Perak telah berjaya sekali lagi mengadakan sesi Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang bertempat di Padang Polo, Ipoh jam 9.00 pagi pada hari Ahad. Pada kali ini, kami telah membincangkan tajuk berkaitan perkembangan anak-anak yang menyusu susu ibu iaitu "Growth & Development of A Breastfed Child".
Kehadiran pada kali ini agak kurang kerana hari hujan pada paginya, pada masa yang sama, ada yang keliru dengan perjumpaan kami kerana ada pertandingan sukaneka diadakan pada masa dan tempat yang sama. Walau bagaimanapun, ianya sedikit pun tidak menggugat keseronokkan dan keasyikan kami membincangkan hal-hal berkaitan.
Dapat disimpulkan bahawa ramai di antara ibu-ibu tidak tahu kewujudan 2 jenis carta perkembangan di dunia ini iaitu CDC Growth Chart dan WHO Growth Chart. Dalam konteks penyusuan susu ibu, carta perkembangan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun lebih sesuai dengan WHO Growth Chart. WHO telah menyediakan carta ini dengan amat bagus setelah kajian yang terperinci dibuat. Ia mendapati bahawa walaupun sampel kajian ini diambil dari pelbagai latar belakang, kaum, bangsa dari pelbagai benua di dunia, namun hasilnya menunjukkan corak perkembangan yang serupa di kalangan anak-anak kajian ini kerana semuanya disusui secara eksklusif dengan susu ibu, ataupun mendapat susu ibu secara dominan.
Manakala jika diikut carta perkembangan yang dibuat oleh CDC (yang kebanyakkannya juga digunapakai di Malaysia, hanya data disesuaikan mengikut kaum di Malaysia), didapati bahawa anak-anak yang disusui secara eksklusif dengan susu ibu akan berada di tahap "kurang berat" dan ini menyebabkan ramai para ibu memilih untuk memperkenalkan susu formula tiruan kepada anak-anak mereka.
Mengapa WHO memperkenalkan carta perkembangan kanak-kanak yang baru? Mengapa tidak diteruskan saja pemakaian carta perkembangan CDC? Ini kerana semakin hari semakin ramai golongan kanak-kanak diklasifikasikan sebagai OBESITI dan insiden penyakit diabetes seawal kanak-kanak juga semakin meningkat. Apabila WHO menggunapakai carta perkembangan yang telah dibuat olehnya, didapati anak-anak yang diklasifikasikan sebagai tahap tumbesaran yang bagus jatuh dalam kategori obese, manakala anak-anak yang disusui susu ibu secara eksklusif yang jatuh dalam kategori "kurang berat" mengikut carta CDC tadi sebenarnya berada dalam kategori berat badan ideal mengikut carta WHO.
Untuk pengetahuan semua, sampel kanak-kanak untuk membuat carta perkembangan CDC tidak menitikberatkan aspek penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Saya harap pembaca dapat menilai setelah meniliti fakta yang saya perolehi ini daripada WHO dan CDC sendiri.
Oleh itu, kepada ibu-ibu yang pernah tertekan kerana dimarahi oleh jururawat-jururawat di klinik kesihatan/desa kerana berat anak tidak meningkat walaupun anak anda sihat, jangan gusar dan bimbang lagi. Saranan saya adalah :
1. Yakin bahawa penyusuan susu ibu memberi banyak kebaikan kepada anak-anak kita.
2. Kemudian, carilah pendapat dari doktor yang lain yang tahu tentang penyusuan susu ibu dan kaitannya dengan anak kita.
3. Sekiranya kita terbukti betul berkenaan perkembangan anak kita, janganlah dimarahi semula anggota kesihatan tersebut kerana tugas kita untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada mereka. Sharing is caring.
Bukti telah dikemukakan, apa lagi yang ditunggu? Janganlah membuat alasan untuk tidak menyusukan anak-anak kita.
Salam ukhuwah dari saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment