FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Sunday, June 27, 2010

Komen di TV - Fomula Milk

Salam semua,
Hari ini dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, ada terumamah bersama Dr Zarin Zan (a paediatrician and a cardiologist, who is also my ex-lecturer masa di UM dulu). Perbincangan ini adalah berkisar kepada susu formula. Terdapat banyak jenis susu formula di pasaran, samada berdasarkan jenama, isi kandungan dan formula, jenis-jenis unsur, dan asal usulnya.
Ramai juga yang bertanya apa kelebihan susu kambing berbanding susu lembu, dan apa kelebihan susu soya berbanding susu lembu/kambing. Sebenarnya, dari segi perubatan, tiada bezanya antara ketiga-tiga jenis susu ini. Susu lembu lebuh banyak dijual di pasaran kerana sumbernya lebih mudah didapati dan lembu dapat menghasilkan susu yang banyak dalam suatu masa berbanding kambing. Tetapi kenapa ada yang mendakwa susu soya lebih bagus? Sebenarnya adalah amat salah jika mendakwa sebegitu. Dari segi perubatan, susu soya digunakan oleh bayi-bayi yang dilahirkan dengan keadaan tidak boleh menerima laktosa (lactose intolerance). Laktosa adalah sejenis gula karbohidrat yang terkandung dalam kebanyakkan susu binatang (termasuk susu lembu, kambing), juga susu ibu. Oleh yang demikian, bayi yang benar-benar mengalami masalah ini perlu dibantu dengan susu yang berasaskan soya (lactose-free) kerana sekiranya tidak dibantu, bayi-bayi ini tidak dapat membesar dengan baik kelak. Namun persoalannya, adakah susu berasaskan soya ini patut dijadikan rutin untuk bayi/kanak-kanak? Cuba kita fikir sejenak...manusia diklasifikasikan dalam jenis mamalia, bermakna yang mengandungdan menyusukan anak, serta berdarah panas. Kerana itulah, belum ada lagi kita mendengar tentang manusia meminum susu buaya, susu ikan, susu burung dan pelbagai haiwan berdarah sejuk yang lain. Kenapa? Mudah jawapannya...kerana semua mereka berdarah sejuk, haiwan-haiwan jenis ini bertelur dan tidak menyusukan anak mereka. Apabila kita berbalik kepada persoalan susu soya tadi, adakah sangat bagus dan sangat sesuai untuk bayi kita? Pada saya, jawapannya adalah sama. Soya adalah tumbuhan, tidak mengandung, dan tidak menyusukan bayi. Soya tidak berdarah langsung. Oleh itu, manakan dapat menyamai khasiat susu ibu yang amat lengkap kepada manusia. Namun, Allah itu Maha pengasih dan Pemurah kerana membekalkan kita pelbagai sumber protein untuk diambil dan dijadikan makanan. Cuma Tuhan itu menjadikan otak hanya kepada manusia untuk kita berfikir dan mengkaji tentang kesesuaian susu berasaskan soya ini, dan bukan untuk menggantikan susu ibu untuk diberi kepada bayi.
Saya tidak perlu menyatakan pelbagai hasil kajian saintis dalam dan luar negara berkenaan faktak-fakta kelebihan dan kekurangan susu lembu, kambing dan soya kerana pada kebiasaannya, saya hanya mengkaji jurnal-jurnal ini untuk pengetahuan diri saya sendiri untuk disampaikan dengan cara yang lebih mudah diterima oleh para pembaca blog saya dan para klien penyusuan saya. Pada saya, cukuplah pelbagai perumpamaan yang boleh saya lampirkan untuk kita sama-sama berfikir.
Ramai juga yang bertanya perihal berkenaan kebaikan satu jenama berbanding jenama yang lain. Saya amat suka apabila Dr. Zarin menyatakan bahawa tiada perbezaan dari satu jenama ke jenama yang lain. Memang benar apa yang dikatakannya. Pernahkan kita semua terfikir, dari mana para pengeluar susu ini mendapat idea untuk menambah bahan DHA, AHA, ARA, Prebiotic, Probiotic, Boost Immune elemen dan pelbagai lagi? Saya suka memberi perumpamaan berbunyi begini...sebenarnya, mungkin para saintis yang bekerja mengkaji susu ibu di syarikat pengeluar susu ini sudah terlebih pandai...kerana pada waktu kecil mereka telah disusukan susu ibu masing-masing, namun apabila telah berjaya menjadi saintis, mereka telah cuba meniru bahan-bahan dan zat-zat yang terkandung dalam susu ibu dan disintetikkan (menjadi bahan tiruan) untuk dicampur ke dalam susu tepung formula. Alangkah sedihnya saya... Yakinlah semua ibu yang menyusui anak-anak mereka...sebenarnya bayi-bayi/anak-anak kita langsung tidak kekurangan sumber zat-zat ini kerana yang terkandung dalam susu ibu adalah yang paling tulen dan paling mudah diserap. Oleh itu, jangan risau walaupun syarikat pengeluar susu mendakwa susu tepung mereka mengandungi kandungan zat-zat ini yang sepuluh kali lebih tinggi. Padahal, hakikatnya, dari 10 kali, hanya 1/10 sahaja yang diserap masuk ke dalam usus bayi. Alangkah sedihnya kan?
Salam ukhuwah dari saya untuk semua.

Tuesday, June 22, 2010

Inilah Pengasuh Anak-anak Saya



Salam semua
Kini saya tampilkan pengasuh anak-anak saya iaitu Che Teh. Beliau berusia 40-an dan biasa mengasuh budak kecil di rumahnya. Walau bagaimanapun, saya adalah ibu yang pertama melatih beliau untuk memberi anak-anak saya susu ibu perahan (EBM). Che Teh mempunyai 5 orang anak yang sudah besar dan 2 daripadanya menuntut di pusat pengajian tinggi. 2 orang pula masih bersekolah di tingkatan 5 dan tingkatan 2. Gambar ini pula diambil sewaktu majlis perkahwinan anaknya yang kedua.
Pada awal pemberian EBM sewaktu saya bekerja, sememangnya Che Teh agak mengeluh untuk membiasakan diri tentang pengurusan EBM. Namun, tak sampai beberapa hari, saya dapati Che Teh telah menjadi lebih mahir daripada saya dalam mengendalikan EBM. Sehinggakan kini, beliau pula yang menyarankan kepada ibu-ibu lain supaya turut memerah susu ibu dan menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu. Subhanallah!!!

Sebenarnya tidak susah untuk mengendalikan EBM walaupun di rumah pengasuh. Kepada para pengasuh kepada bayi-bayi yang menyusu secara eksklusif, saya ucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kerana membantu merealisasikan impian ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka walaupun sibuk bekerja.
Tidak lupa kepada para pengasuh yang masih belum sudi membantu, saya berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu hati semua untuk melihat sejuta kebaikan berkenaan penyusuan susu ibu.
Salam sayang dan salam ukhuwah dari saya.

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day!!!




Salam all
Hari ini adalah Hari Bapa. Apakah aktiviti yang telah anda rancang bersama suami, bapa dan anak-anak anda? Saya? Macam biasa...saya terpaksa kerja di hari minggu, tapi tak mengapa sebab dah menjadi rutin keluarga saya. Namun, saya tetap akan membuat sedikit acara sempena hari bapa. Nak tahu? Senang saja jawapannya...MAKAN!!! Betul. Jawapannya adalah MAKAN. Saya akan membawa keluarga saya bersama ibu dan bapa saya untuk meraikan hari bapa di sebuah restoran makanan laut di tempat saya. Saya tahu, mungkin aktiviti ini sudah terlalu biasa bagi anda semua. Namun aktiviti yang sekecil ini adalah yang amat berharga buat diri saya memandangkan saya adalah seorang yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas harian.
Kepada bapa saya, HAJI ARIFIN MOHAMAD...terima kasih kerana telah membesarkan saya, sabar dengan karenah dan pelbagai masalah yang telah saya buat, tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih juga kerana telah menjadi "role model" dan idola saya dalam menjalani liku-liku hidup dan terima kasih kerana abah telah menjadi "sahabat" saya yang amat memahami diri saya. Terima kasih untuk abah kerana sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya dan memohon dari Allah supaya saya hidup dalam keberkatan dan sentiasa diberi petunjuk apabila membuat kesalahan. Tiada apa yang boleh saya berikan untuk abah sebagai balasan melainkan memohon dari Allah supaya abah dipelihara oleh Allah sentiasa dari segala keburukan di dunia dan di akhirat.
Kepada suami saya, SYED ZULHAZMY...terima kasih kerana telah menjadi teman hidup saya. Saya mendoakan abang menjadi bapa contoh kepada anak-anak saya sebagaimana abah saya menjadi contoh yang baik kepada saya. Saya juga sentiasa mendoakan supaya abang akan menjadi khalifah terbaik untuk keluarga dan mampu memimpin kami ke jalan yang diredhai Allah. Saya juga mendoakan supaya keluarga kita sentiasa dinaungi rahmat Allah dan sentiasa diberi hidayah dariNya di samping dikurniakan zuriat-zuriat yang mampu berjuang ke jalan Allah kelak.
Dan seterusnya kepada semua bapa yang ada di Malaysia dan di dunia...bantulah penyusuan susu ibu kerana dengan susu ibu lah kita semua menjadi manusia pandai dan insan yang berguna...dan dengan susu ibu juga segala kebaikan dapat dipelihara dan nilai kekeluargaan menjadi lebih bermakna.
Salam ukhuwah dari saya.

Friday, June 18, 2010

WHO vs CDC Growth Chart - Carta Perkembangan Yang Mana Untuk Anak Saya?

Salam semua.
Saya pasti ramai di kalangan ibu yang menyusukan anak secara eksklusif mengalami dilema dan keadaan serba salah seperti saya. Anak yang disusui didapati mengalami pertumbuhan berat badan yang agak perlahan terutamanya apabila umur anak mencecah 5 ke 6 bulan. Anak saya juga tidak terkecuali. Pertumbuhannya hanya mengikut kawasan kuning di dalam carta pertumbuhan berat badan mengikut umur yang ada dalam buku perkembangan kanak-kanak. Namun pada hemat saya sebagai seorang ibu, rasanya anak saya tidak langsung kelihatan sakit mahupun nampak seperti kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Dia sudah pandai berjalan tanpa bertatih seawal umur 10 bulan, memanjat dan melompat apabila berumur 1 tahun, malah bercakap hampir penuh perkataan dewasa sebaik berumur 16 bulan. Apa yang tidak kena rasanya? Ramai ahli keluarga menyatakan kebimbangan setelah mendapati carta berat badannya agak statik...namun, saya tetap dengan pendirian saya...TIADA APA YANG PELIK DAN TIADA APA YANG TIDAK KENA DENGAN ANAK SAYA!!!
Ada perkara yang perlu diketahui oleh ibu-ibu menyusu dan para anggota kesihatan yang mengendalikan pertumbuhan kanak-kanak di Malaysia. Terdapat 2 jenis graf pertumbuhan yang terdapat di seluruh dunia. 2 graf ini dibuat oleh 2 organisasi yang berpusat di US dan Canada, serta oleh WHO. Secara amnya,
1) Graf pertumbuhan CDC: dibuat hasil dari pemerhatian perkembangan anak2 secara rambang di US/Canada, dan sampel kajian dipastikan sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Anak-anak yang menjadi sampel kajian tidak disusukan susu ibu secara eksklusif dan kebanyakkannya minum susu tepung formula sejak kecil.
2) Graf pertumbuhan WHO: dibuat di negara-negara yang mewakili pelbagai benua di seluruh dunia. Anak-anak yang menjadi sampel kajian adalah menyusu susu ibu secara eksklusif 6 bulan ataupun disusukan susu ibu secara dominant sejak lahir. Cara pemerhatian susulan sepanjang kajian adalah lebih teliti dan terperinci.
Apakah hasil kajian-kajian ini dan apakah kesannya terhadap penyusuan susu ibu?

Didapati bahawa anak-anak yang disusui susu ibu secara eksklusif mempunyai 'masalah' kurang berat badan apabila mengikuti graf pertumbuhan CDC, dan anak-anak yang tidak disusukan susu ibu mempunyai berat badan yang "ideal" berdasarkan graf pertumbuhan CDC.
Mengapa Graf Pertumbuhan WHO dicipta sedangkan sudah ada Graf Pertumbuhan CDC? Ini kerana WHO ingin mengkaji kenaikan bilangan kanak-kanak yang obes atau mengalami kegemukan...ianya semakin meningkat!!! Kadar kejadian penyakit diabetes seawal kanak-kanak juga semakin naik.
Menurut Graf Pertumbuhan WHO, anak-anak yang disusui susu ibu secara eksklusif mempunyai berat badan yang ideal, manakala anak-anak yang pada mulanya "ideal" mengikut carta CDC tadi rupanya jatuh dalam kategori lebih berat badan atau obese!!!

Oleh itu, untuk anak-anak yang disusui susu ibu secara eksklusif adalah lebih sesuai mengikut carta perkembangan yang dibuat oleh WHO.

Diharapkan jangan ada lagi jururawat di klinik yang memarahi ibu-ibu yang menyusu anak mereka secara eksklusif disebabkan berat anak yang kurang. Rujuk dulu kepada doktor yang bertauliah sebelum mengambil tindakan. Jangan mengambil tindakan "menghukum" ibu-ibu ini sehingga mereka tertekan seterusnya gagal meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Yang gagal bukanlah ibu itu sebenarnya, sebaliknya anda yang menasihati atau menegur lah yang GAGAL!!!
Sebaiknya kita semua renungkan bersama.

Wednesday, June 16, 2010

Pencemaran Susu Tepung Formula Tiruan?

Ini adalah petikan dari akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei 2010 Khamis.

ADA ULAT DALAM SUSU

Seri Manjung - Seorang ibu terkejut apabila susu formula yang baru dibeli di sebuah pasaraya di sini, mengandungi bendasing dipercayai ulat.
Faridah Ahmad berkata, dia menjumpai dua bendasing dalam susu tepung itu yang menyerupai ulat sebelum menelefon suaminya, Anuar Che Ros.
Menurutnya, dis tidak menyangka susu formula mengandungi bendasing seperti ulat kerana susu jenama itu sentiasa menjadi pilihannya untuk diberikan kepada anak-anaknya.
"Sejurus selepas itu, saya cuba menghubungi talian hotline syarikat susu berkenaan, namun taliannya sibuk," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, dia akan memulangkan semula susu itu kepada pihak pengurusan pasar raya itu.
"Masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi mengelakkannya berulang," katanya.

Cuba kita renungkan dan fikir sejenak...adakah masalah ini akan didapati dalam susu ibu? Sekiranya susu ibu, iaitu susu yang dihasilkan oleh kita sendiri mengandungi ulat, sudah tentu yang sakit dahulu adalah kita sendiri kerana ulat itu berada dalam tubuh kita. Lihatlah risiko yang akan kita dedahkan kepada anak-anak kita sekiranya kita tidak menjaga penyusuan susu ibu untuknya dalam 6 bulan pertama kelahiran.
Saya amat bersyukur kerana mata hati dan akal fikiran saya dibukakan terus oleh Allah untuk melihat penyusuan susu ibu ini sebagai elemen paling penting dalam membesarkan anak-anak.
Adakah "hotline" untuk maklumat dan pertanyaan pengguna itu juga berfungsi selama 24 jam? Itu saya tidak pasti kerana saya juga pernah mencuba suka-suka dengan menghubungi talian berkenaan, tetapi tiada siapa yang menjawab.
Saya suka memberi komen apabila seseorang menyatakan "pihak berkenaan patut memberi perhatian dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan berulang"...siapakah yang patut berjaga-jaga dan mengambil langkah yang sepatutnya itu? Jawapan yang sebenarnya adalah DIRI KITA SENDIRI. Bagaimana? PENYUSUAN SUSU IBU adalah jawapan kepada masalah ini. TIADA PENCEMARAN DALAM SUSU IBU!!! Sedarlah wahai saudara saya semua...apa yang telah diciptakan oleh Yang Maha Pencipta adalah yang terbaik untuk kita dan terkandung segala rahsia kebaikan yang tidak terungkai oleh manusia...Kembalilah kepada yang azali...SUSU IBU...
Salam kasih sayang kepada semua dari saya.

Jaundis & Penyusuan Susu Ibu

Kejadian jaundis di kalangan bayi baru lahir adalah agak biasa dan dianggarkan lebih kurang 60-70% bayi baru lahir akan mendapat jaundis. Sewaktu di dalam rahim ibu, bayi mempunyai jumlah sel darah merah yang agak besar (jenis HbF) untuk membantu menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam rahim yang hanya bergantung kepada bekalan oksigen dari ibu. Sewaktu lahir pula, bayi kemudiannya dibekalkan dengan sejumlah darah yang banyak memasuki tubuhnya sejurus sebelum tali pusat dipotong, dan sewaktu beberapa hari pertama selepas kelahiran pula, tubuh bayi banyak menghasilkan sel-sel darah merah yang baru bagi membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan di luar rahim kelak. Gabungan proses kejadian inilah yang menyebabkan bayi baru lahir mempunyai lebih sel-sel darah merah (termasuk sel-sel matang dan yang baru). Oleh itu, sel darah merah yang berlebihan dan yang sudah mencapai tempoh hayatnya terpaksa dimusnahkan. Proses pemusnahan atau degradasi ini berlaku di hepar. Namun, hepar (hati) bayi baru lahir belum mencapai kematangan yang sepatutnya. Oleh itu, pemusnahan dan pemecahan sel-sel darah merah tadi akan menghasilkan sejenis pigmen dipanggil bilirubin (dalam kes ini, biasanya jenis "unconjugated bilirubin") yang akan berkumpul di permukaan kulit bayi. Kebiasaannya, bilirubin yang terhasil akan dikeluarkan dari tubuh bayi melalui najis (faeces).
ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN JAUNDIS DI KALANGAN BAYI MENYUSU SUSU IBU DAN BAYI YANG DISUSUKAN SUSU TEPUNG FORMULA?
Ya,memang kebiasaannya terdapat perbezaan. Para penyelidik mendapati bahawa jaundis di kalangan bayi yang disusukan susu tepung formula adalah lebih pendek dan biasanya sehingga bayi berumur 10-12 hari. Manakala, didapati bahawa bayi yang disusukan susu ibu secara eksklusif mengalami jaundis yang lebih lama iaitu mencecah sehingga bayi berumur 1 hingga 2 bulan. Walaupun tempohnya lebih lama, namun paras bilirubin tidak langsung mencecah tahap yang membahayakan dan biasanya kurang dari 10gm/dl.
MENGAPA INI BERLAKU?
Kejadian jaundis yang agak lama di kalangan bayi yang disusui susu ibu secara eksklusif berkemungkinan kerana susu ibu dipercayai mengandungi bahan yang mempercepatkan penyerapan semula bilirubin di usus bayi. Oleh itu terdapat pengumpulan semula bilirubin di dalam badan bayi. Adakah bermakna susu ibu tidak sesuai untuk bayi? Tentulah jawapannya susu ibu adalah yang paling sesuai untuk bayi. Fenomena inilah yang dipanggil BREASTMILK JAUNDICE, setelah faktor penyebab yang lain telah disiasat oleh doktor bayi. Sekiranya paras bilirubin berpanjangan dan mencapai tahap yang bahaya, mungkin terdapat faktor lain seperti kekurangan enzim tertentu atau terdapat DNA yang tidak normal di dalam badan bayi...bermakna doktor perlu memeriksa lebih lanjut.
APAKAH HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN JAUNDIS YANG LAMA DI KALANGAN BAYI DISUSUI SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF?
Tentunya ramai yang tidak mengetahui bahawa bilirubin yang menyebabkan kejadian jaundis ini sebenarnya adalah salah satu agen anti-oksida yang sangat poten atau sangat berkesan di dunia. Kajian penyelidik mendapati bahawa fenomena jaundis berpanjangan ini merupakan satu faktor pelindung daripada mendapat kecederaan usus disebabkan kekurangan bekalan oksigen (ischaemic bowel injury) di kalangan bayi baru lahir. Manakala kajian yang dijalankan di kalangan orang dewasa yang mempunyai tahap bilirubin yang sedikit tinggi (ini boleh didapati di kalangan pesakit Gilbert's Syndrome, iaitu satu keadaan kekurangan eaktiviti enzim konjugasi bilirubin secara genetik)mendapati bahawa golongan ini agak terlindung dari risiko mendapat penyakit jantung dan kanser.
Lihatlah kekuasaan Allah...setiap yang berlaku ada hikmahnya!!!
APAKAH PULA "BREASTFEEDING JAUNDICE"?
Keadaan ini pula berlaku disebabkan kelewatan bayi mendapat susu ibu. Ianya kerana kekurangan kalori dalam badan bayi menyebabkan bayi berlapar ("starving").

Oleh itu, bagaimana untuk menghadapi situasi akan datang sekiranya anak anda mempunyai jaundis berpanjangan walaupun disusui susu ibu sepenuhnya?
1. Bawa berjumpa doktor supaya dapat dipastikan bahawa tiada penyakit berbahaya lain yang sedang dihadapi oleh anak anda.
2. Yakinlah dengan susu ibu.
3. Sekiranya anda disarankan supaya memberhentikan susu ibu walaupun sementara waktu, anda boleh mendapatkan pandangan dari yang arif, contohnya Pakar Laktasi atau Kaunselor Laktasi terlatih.

Salam sayang dari saya.

Apa Dah Jadi...Dalam Sebulan Ada 4 Kes Dari Klinik Yang Sama...Bila Bayi Jaundis?

Salam sayang kepada semua...
Sesungguhnya hati saya ditarik dan dirobek sebanyak 4 kali dalam bulan May 2010. Bayangkan betapa geramnya di hati apabila mendapat tahu sebanyak 4 orang ibu tidak dapat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun pada waktu itu bayi masing-masing hanya berumur 1 hingga 2 bulan...kenapa agaknya?
Ibu-ibu ini membawa anak-anak tersayang yang baru berusia 3 hingga 5 bulan untuk rawatan pesakit luar disebabkan asthma, alahan kulit, jangkitan telinga, dan kembung perut. Setelah memberikan rawatan yang sepatutnya, lantas saya bertanyakan perihal penyusuan. Sebab yang diberikan adalah sama iaitu penyusuan susu ibu terpaksa diberhentikan kerana bayi mereka mengalami masalah jaundis yang berpanjangan lebih dari 2 minggu...dan apa yang paling menyedihkan ialah mereka telah menerima nasihat yang salah berkenaan hal ini dari jururawat-jururawat yang sama dari sebuah klinik yang sama (kebetulan mereka ini mendapat pemerhatian susulan dari klinik yang sama kerana faktor tempat tinggal yang agak berdekatan dengan klinik tersebut). Begini bunyinya..."bukan saya yang nak berhentikan susu ibu ni, tapi nurse klinik tu yang suruh saya berhenti dulu sebab anak saya kuning lama sangat, dia suruh saya campur dengan susu tin tu dulu, kemudian kalau dah berhenti kuning, bolehlah sambung susu badan kalau masih ada air susu keluar waktu itu". Komen yang lain pula..."nurse klinik tu yang sarankan saya campur sikit susu tepung untuk kurangkan kuning anak saya masa itu". Kemudian saya bertanya tentang keadaan jaundis anak mereka waktu itu dan respon yang diberikan kepada saya semuanya sama, iaitu bayi mereka hanya mengalami jaundis berpanjangan tetapi tahap keterukan jaundis tidak langsung mencecah sehingga keadaan yang memerlukan kemasukan ke hospital. Walaupun mereka "mencampurkan" susu tepung, jaundis tetap tidak hilang serta merta dan hanya hilang dengan sendirinya selepas suatu masa yang lama iaitu bila bayi mereka berumur mencecah 2 hingga 3 bulan. Oleh kerana bayi sudah mula menyusu menggunakan botol, tambahan pula disusukan dengan susu tepung, sudah tentu ibu-ibu ini mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu ibu kemudiannya, seterusnya tiada lagi penghasilan susu ibu dan terjadi penolakan puting ibu di kalangan bayi mereka.
Sungguh sayu hati saya mengenangkan cerita-cerita bulan May ini (kerana semuanya saya jumpai dalam bulan May 2010).
Apa yang tidak kena sebenarnya?
Sebagai seorang ibu, tentunya ibu akan bimbang dan merasa tidak tenteram apabila diberitahu bahawa bayi kita mengalami masalah jaundis yang berpanjangan dan sekiranya terlalu tinggi, boleh menyebabkan kerosakan otak, pendengaran, dan lain-lain lagi. Sewaktu dalam keadaan gelisah apabila mengenangkan nasib yang bakal dihadapi oleh anak kelak, tentunya ibu akan mengikuti apa jua saranan yang membolehkan bayinya sihat dan normal sepenuhnya. Sepanjang sesi tersebut, saya langsung tidak menyalahkan mereka, malah bersimpati dan saya yang merasa bersalah kerana mereka telah mendapat nasihat yang salah dari orang-orang yang sepatutnya mengambil berat dan memberi nasihat yang betul berkenaan kesihatan mereka. Memangdangkan bayi mereka baru berumur di bawah 6 bulan, saya sempat memberi semangat kepada mereka untuk memulakan semula penyusuan (relaktasi) demi kebaikan anak-anak mereka.
Sungguh kesal! Sungguh malu! Sungguh marah!
1. Mengapa nasihat yang salah telah diberikan dari anggota kesihatan yang terlatih?
2. Sekiranya tidak pasti tentang apa langkah seterusnya yang perlu dibuat, mengapa anggota kesihatan ini tidak merujuk kepada senior atau yang lebih arif?
3. Adakah anggota kesihatan ini tidak maklum tentang polisi penyusuan susu ibu di Malaysia? Atau adakah dia seorang yang memang tiada masa untuk mengambil tahu atau untuk "update" dirinya dengan pengetahuan tentang penyusuan?
4. Hampa kerana dalam cerita ibu-ibu ini, anggota kesihatan lah penyebab kegagalan mereka menyusukan bayi secara eksklusif, sedangkan mereka amat berharap dan naluri keibuan itu telah mengatakan sejak awal bahawa mereka perlu menyusukan bayi mereka sendiri.
Maaf kepada semua kerana saya mungkin sedikit beremosi apabila menaip cerita ini... samada anda semua percaya atau tidak, saya menitiskan air mata di hadapan komputer saya sewaktu ini!!! Kepada semua anggota kesihatan (samada sektor awam mahupun swasta, tidak kira doktor, jururawat mahupun pembantu kesihatan), renungkanlah kisah yang saya coretkan ini walaupun ianya sedikit. Jangan kerana untuk menjaga statistik dan mengambil jalan mudah, anda telah menganiaya pesakit di bawah jagaan anda. Sesungguhnya buatlah kerja dengan ikhlas kerana ianya adalah suatu ibadah dan pahala yang amat tidak ternilai. Sebenarnya jika kita tidak ikhlas dalam menjalankan pekerjaan kita, kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri.
(susulan tentang perkaitan jaundis dan penyusuan susu ibu akan saya upload sedikit masa kemudian di bawah label "breastfeeding tips and lessons".
Harapan saya amat besar supaya tidak terdapat lagi cerita sebegini yang akan saya jumpa pada masa akan datang.
Salam sayang dari saya untuk semua.

Impian Penyusuan Saya...

Salam kasih dan salam sayang untuk semua.
Tiba-tiba saya rasa nak berkongsi impian saya di sini. Sejak tahun lepas, saya mengimpikan untuk mengandung anak kembar kerana ingin membuktikan dan mengalami sendiri pengalaman menyusui bayi kembar kerana ramai ibu-ibu yang di luar sana gagal menyusukan anak kembar mereka. Sekurang-kurangnya, pengalaman sendiri akan menjadikan saya lebih yakin dan mungkin lebih membantu golongan ibu-ibu ini.
Tetapi apa bila saya mendengar sembang para ibu kepada kembar yang telah berjaya menyusukan secara eksklusif, tiba-tiba impian saya barubah....kali ini saya ingin mengandungkan bayi kembar tiga (triplet)!!! Kerana ada ibu yang mempunyai anak kembar 3 tidak dapat menyusukan secara penuh.
Hmmm...adakah impian saya ini realistik? Takkanlah semata-mata ingin memenuhi impian penyusuan saya, saya sanggup mengambil risiko-risiko yang berkaitan sekiranya mengandungkan kembar/triplet? Saya juga tidak pasti.
Tapi apa yang saya sangat pasti ialah...semuanya KETENTUAN ALLAH. Jika DIA mentakdirkan saya untuk mengandung kembar 5 sekalipun, semua di atas izinNya.
Ceria selalu...salam.

Bulan May & Jun 2010 Yang Bermakna Buat Saya

Salam sayang kepada semua.
Bulan May & Jun 2010 amat bermakna kepada saya kerana pelbagai sebab untuk saya merasa gembira. Antaranya adalah kelahiran anak-anak kepada rakan-rakan dan ibu-ibu yang pernah mendapatkan khidmat nasihat saya tentang penyusuan susu ibu sewaktu mereka mengandung. Mereka termasuklah Kak Harlina dan Nurul Huda...telah selamat melahirkan bayi masing-masing dan sedang giat menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Alhamdulillah, tiada lain yang saya harapkan melainkan yang terbaik buat mereka semua. Saya berharap Allah akan menguatkan semangat mereka untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Dalam bulan Jun ini juga, saya merasa gembira melihat perkembangan Muhammad Hamzah iaitu anak kepada rakan saya iaitu Habibah. Saya terpaksa melihat perkembangannya dari jauh melalui Facebook saya kerana agak sibuk dengan tugas seharian. Sebagaimana biasa, saya mendoakan yang terbaik buat Habibah dan bayinya, Hamzah.
Apa lagi yang meggembirakan saya pada bulan May dan Jun ini? Oh ya...kenaikan pangkat dan anugerah perkhidmatan cemerlang 2009...saya langsung tak menyangka tentang hal ini. Walau bagaimanapun, ianya telah berhasil menaikkan semangat saya untuk terus bekerja dengan hati yang ikhlas dan lebih kuat lagi. Ternyata setiap yang ikhlas itu pasti diberi ganjaran oleh Allah secara langsung mahupun tidak langsung.
Dengan ganjaran itu juga, bermakna saya perlu berusaha dengan lebih lagi untuk memberikan yang terbaik buat semua, dan ia juga penghargaan untuk orang orang yang telah bekerja bersama-sama saya kerana tanpa rakan-rakan semua, saya langsung tidak bermakna apa-apa.
Salam dari saya buat kali ini.

Ada Yang Masih Belum Memahami Kepentingan Penyusuan Susu Ibu...Rupanya Masih Ramai Berfikiran SEMPIT!

Salam semua...cuba kita baca petikan dari Berita Harian dibawah ini dan renungkan sejenak... Berita Harian Selasa, 15 Jun 2010, ms 28, seksyen Surat & Emel.

Tajuk: SYOR CUTI BERSALIN 90 HARI TIDAK RASIONAL
Mengenai isu cuti bersalin 90 hari, saya berharap semua pihak dapat melihat kepada pepatah ini 'berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah' sebagai tepat untuk isu ini yang dibangkitkan baru-baru ini.
Walaupun pelbagai kajian diutarakan, kehidupan perlu berdasarkan realiti dan bukan andaian semata-mata. Beberapa alasan yang dilontarkan untuk menyokong perlaksanaannya amat tidak rasional.
Antara persoalannya, adakah Malaysia perlu meniru apa saja yang dilakukan oleh luar negara tanpa mampu membuat keputusan sendiri? Adakah kempen susu ibu termasuk program perahan susu ibu atau expressed breastmilk anjuran Kementerian Kesihatan sejak 1990-an sudah menemui jalan buntu?
Berapa ramai ibu yang gagal menyusu dalam tempoh 60 hari akan menyusu sepenuhnya jika diberikan cuti 90 hari? Daripada pengalaman saya, selepas seminggu bersalin, kebanyakan ibu mampu memasak dan melakukan kerja rumah ringan tetapi kenapa tidak mampu kembali bekerja selepas 60 hari?
Sistem peranakan termasuk uterus akan mengecut ke saiz asal dalam tempoh 42 hari sahaja. Saya sendiri sudah boleh memandu dankembali bekerja lebih sembilan jam sehari selepas 20 hari bersalin.
Keharmonian keluarga bukan terletak pada kuantiti masa yang diluangkan bersama keluarga tetapi kualiti kerohanian, kasih sayang dan perhatian. Adakah bayi yang kononnya lebih sihat ini tidak akan membesar sebagai warga Malaysia yang rosak akhlaknya? Saya berpendapat implikasinya cuti bersalin selama 90 hari akan membuatkan majikan memilih pekerja perempuan yang tidak berkahwin atau pekerja lelaki. Selain itu, sistem kontrak yang dilaksanakan dan pekerja wanita yang berkahwin tidak akan disambung kontraknya.
Wanita tidak bersalin atau golongan lelaki terpaksa menanggung beban tugas ibu yang 'bercuti' ini. manakala guru wanita dalam tempoh reproduktif tidak wajar ditugaskan pada tahun peperiksaan penting kerana berpotensi menjejaskan kesinambungan pembelajaran.
Jika kerajaan menanggung gaji ibu ini. wang siapakah yang bakal digunakan? Ahli politik, ulama dan cendekiawan perlu mengenalpasti masalah utama kita terutama gejala sosial dan menanganinya bersama bukan memperjuangkan isu remeh berbaur politik.
Kepentingan seluruh rakyat Malaysia mesti diambil kira. Saya pasti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Wawasan 2020 tidak mengharapkan warga Malaysia Maju 2020 yang terpesong akidah, rosak akhlak, dan hancur di tanah air sendiri.
Saya amat mengharapkan pandangan ini mampu membantu pembuat dasar membuat keputusan yang mengambilkira kepentingan semua golongan dan tidak hanya menumpukan perhatian kepada golongan tertentu.
SITI, Jerlun, Kedah.

Sedikit tersentak dan kesal apabila saya terpandang lalu menghabiskan membaca bibit-bibit ayat yang ditulis oleh pembaca suratkhabar ini...rupanya masih ada lagi (sebenarnya ramai di luar sana) yang tidak memahami penyusuan susu ibu dan sempit akal fikiran.
Saya tidak sempat mengulas pandangan pembaca ini pada hari ini kerana sibuk dengan tugas. Saya akan kembali mengulas sepenuhnya bersama-sama fakta. Nantikan kemudian...

Monday, June 14, 2010

Cabaran Saya Untuk Menyusu Sewaktu Berpantang

Salam kasih sayang kepada semua.
Sejenak saya teringat sewaktu mula-mula saya melahirkan anak pertama pada tahun 2007 dan cabaran yang dihadapi sebagai seorang ibu baru yang berazam kuat untuk berjaya dalam penyusuan. Sememangnya bukan mudah, kerana walaupun saya seorang Kaunselor Laktasi, tetapi pada hakikatnya saya juga seorang manusia biasa yang memerlukan sokongan dari insan lain.
Kelahiran anak terutamanya anak sulung sememangnya dinantikan dengan penuh debaran dan limpahan kasih yang tidak terucap. Betapa sakitnya proses kelahiran itu, namun ianya hilang dengan sekelip mata bila dapat menatap wajah anak yang dinanti. Sewaktu itu saya berhadapan dengan cabaran yang mungkin lebih sedikit berbanding ibu lain, kerana saya telah ditakdirkan mendapat jangkitan "chicken pox" 4 hari sebelum kelahiran. Bayangkan pada waktu itu, belum pun saya melahirkan anak tetapi saya terpaksa berpantang disebabkan "chicken pox" ini. Saya juga telah diberi rawatan antivirus (Acyclovir) dan kami semua berharap saya tidak akan sampai waktu melahirkan dalam tempoh 2 minggu, atau sekurang-kurangnya tunggu selepas jangkitan reda. Namun, Allah telah mentakdirkan bahawa bayi saya iaitu SHARIFFAH AMNI MAISARAH, keluar pada hari ke 5 jangkitan sedang marak di badan saya. Oleh itu, saat kelahiran itu menjadi sedikit menyedihkan buat saya kerana saya langsung tidak dapat menyentuh Amni melainkan hanya melihat wajahnya sahaja, dan kemudian saya terpaksa diasingkan dari Amni sejak lahir sehingga jangkitan "chicken pox" itu benar-benar sembuh ( saya diasingkan sehingga bayi berumur hampir 3 minggu). Tiada "skin-to-skin contact" dan tiada "bonding initiation". Perasaan saya untuk membelai, paling kurang menyentuhnya membuak-buak setiap hari. Di minggu pertama, Amni ditempatkan di SCN (Special Care Nursery) untuk pemerhatian sekiranya ada berlaku jangkitan "chicken pox" kepadanya...Alhamdulillah tiada. Di minggu kedua dan ketiga, kami dikuarantin di rumah...Amni ditempatkan dalam bilik ibu bapa saya, manakala saya di bilik yang lain. Hendak menjengah pun tak dibenarkan.
Bagaimana dengan penyusuan Amni? Sememangnya saya terpaksa bekerja keras untuk memerah susu. Pada 3 hari pertama kelahiran, kolostrum saya keluar sedikit sahaja, dalam 1 oz setiap perahan. Namun selepas hari ke 3 kelahiran, saya berjaya mengepam hampir 16 oz susu setiap sesi perahan. Sememangnya proses mengepam susu dalam bulan pertama selepas kelahiran agak memenatkan kerana hampir setiap jam siang dan malam saya mengepam susu...Alhamdulillah, rezeki anak saya Allah beri. Namun seringkali juga saya merasa tertekan dalam diam kerana jadual tidur yang tiba-tiba berubah. Jika tidak memerah, dalam sekelip mata saya mendapat bengkak buah dada (breast engorgement) yang terlampau. Saya demam pada minggu pertama hingga kedua, dan kadang-kadang demam sewaktu minggu ketiga dan ke empat. Mujurlah saya tidak mendapat "mastitis". Seringkali juga saya tertekan apabila melihat orang lain, terutamanya suami saya tidur dengan nyenyak di waktu malam berbanding saya...Hmmm.....saya sememangnya tidak mahu menyusahkan mereka. Terima kasih kepada ibu saya, Puan Zaharah, yang tidak jemu membantu saya menyudukan EBM kepada anak saya selama waktu kuarantin, dan ibu saya lah yang turut berjaga memberi EBM di waktu malam kepada bayi saya. Keadaan saya kembali sedikit terurus apabila saya sembuh sepenuhnya dari jangkitan "chicken pox" dan saya dapat menyusukan Amni secara terus dari buah dada (direct feeding). Memang saya ada masalah sewaktu itu kerana "latch on" yang tidak betul, posisi penyusuan yang kurang selesa, "attachment" yang kurang tepat, dan semua masalah ini membuatkan saya mendapat "nipple sores" dan sakit yang tidak dapat digambarkan.Puting susu saya juga berdarah sekali sekala. "Nipple cracks & fissures" berpanjangan sehingga sebulan lebih. Ketiadaan sokongan dan sumber rujukan sewaktu itu tidak langsung mematahkan semangat saya untuk meneruskan penyusuan. Saya menahan azab sakit yang umpama "kulit dihiris dengan pisau tajam dan kemudian luka itu dititiskan dengan perahan limau nipis dan garam". Saya teruskan menyusu secara langsung dalam keadaan ini dan setiap kali sesi penyusuan, saya menangis dan mengalirkan air mata, badan dan kaki saya bergetar menahan kesakitan. Alhamdulillah kemudian Amni semakin pandai menyusu dengan betul dan keadaan puting saya semakin sembuh.
Apabila hampir dua bulan, stok susu perahan saya telah memenuhi ruang sejuk beku (saya menggunakan 2 peti sejuk di rumah, dan satu daripadanya memang saya beli khas untuk menyimpan susu perahan). Namun kedengaran juga saranan dan suara kebimbangan orang-orang yang lebih berumur dari saya kerana mereka bimbang saya belum lagi membeli apa-apa susu tepung....untuk "standby" kata mereka. Saya hanya memekakkan telinga dan berdiam diri kerana bagi saya, tidak perlu bertekak tentang hal ini, asalkan saya tahu apa yang saya buat dan saya pasti dengan pilihan saya, iaitu untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dengan susu saya sendiri. Terima kasih kepada pengasuh anak-anak saya, Cik Teh, yang sanggup mengambil cabaran untuk memberikan EBM kepada anak-anak saya (sebenarnya pengalaman pertama untuknya juga dalam pemberian EBM).
Dan kemudian pada tahun 2008, saya melahirkan anak kedua saya iaitu SHARIFFAH AMNA MUNIRAH. Cabaran-cabaran yang saya hadapi sebelumnya menjadi lebih mudah, kerana pada waktu ini, semua orang di sekeliling saya telah sedia maklum bahawa saya adalah seorang IBU YANG MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA SECARA EKSKLUSIF TERUTAMANYA 6 BULAN PERTAMA. Alhamdulillah.
Jangan risau kerana selepas ini saya akan tampilkan POSTING LABEL: BREASTFEEDING TIPS & LESSONS, yang akan saya update sedikit masa lagi, bagi membolehkan saya mencari sumber rujukan yang tepat supaya ibu-ibu yang membaca blog saya mendapat sedikit panduan berhubung masalah dan pertanyaan penyusuan.
Selepas ini juga saya akan tampilkan pengasuh anak-anak saya yang pada saya sangat berjasa besar dalam membantu menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak-anak saya yang tercinta.
Salam sayang untuk semua.

Ada Yang Benar-benar Menguji Kesabaran Saya

Salam semua...(lupa untuk beritahu kepada semua bahawa saya akan menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dalam blog saya, walaupun saya tidak begitu 100% mahir dalam kedua-duanya).
Kenapa saya utarakan tajuk ini? Tiba-tiba saya teringat kepada kisah yang berlaku pada tahun 2007, sewaktu itu saya sedang merawat seorang pesakit yang juga seorang ibu kepada bayinya yang berumur baru 6 hari. Ibu ini telah melahirkan anaknya melalui cara pembedahan di sebuah hospital swasta dan telah mengalami komplikasi jangkitan di luka pembedahan. Sebagai seorang yang bekerja di sebuah hospital yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya, seperti biasa, saya amat menitikberatkan penjagaan bayi yang diletakkan bersama-sama ibu walaupun ibu terpaksa dimasukkan ke hospital. Apabila saya bertanya perihal bayinya, ibu ini memberitahu bahawa bayinya ditinggalkan di rumah di bawah penjagaan mertua dan pembantu. Lantas, saya bertanyakan tentang penyusuan bayi dan dengan cepat ibu ini menjawab dengan nada yang agak "terganggu"..."takpa, tak perlu risau sebab saya dah beli stok susu untuk dia dari awal lagi". Mendengar jawapan itu, saya rasa tersentak dalam hati dan perasaan ingin tahu melonjak secara tiba-tiba. Saya cuba beramah mesra untuk mengorek jawapan yang saya inginkan kepada persoalan dalam diam saya tadi. Rupa-rupanya si ibu ini mengidap penyakit asma yang agak teruk dan bergantung kepada ubatan doktor. Setelah mengetahui perkara ini, saya cuba memberi semangat kepadanya, kemudian memberi fakta berkenaan susu ibu dan perkaitannya terutama apabila ibu mengidap asma. Lagi sekali saya tersentak apabila ibu ini cuba meninggi suara kepada saya...mungkin pada anggapannya, saya cuba membetulkan "kesalahan"nya...katanya, "takpa, tak payah nak susah-susah kaunseling dan beritahu saya apa yang betul. Sebenarnya saya tahu dah semuanya, tapi memang saya yang tak mahu beri susu ibu". Kesal di hati saya kerana tidak dapat membantu ibu ini dengan sepenuhnya. Sayu di hati saya apabila mengenangkan bayinya di rumah yang tidak dapat menikmati walau setitis susu ibunya...iaitu suatu anugerah yang tidak ternilai. Pilu di hati saya kerana saya telah disalah anggap sebagai orang yang cuba menuding kesalahan orang lain (dalam aspek kaunseling penyusuan susu ibu).
Walau bagaimanapun, hakikatnya saya tidak pernah patah semangat untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan khidmat bantuan saya untuk penyusuan susu ibu. Malah, si ibu ini telah menyedarkan saya tentang hakikat yang berlaku berkenaan penyusuan susu ibu di luar sana...bukan ramai yang boleh menerimanya....PENYUSUAN SUSU IBU, SUATU YANG AZALI YANG SEBENARNYA DILUPAI...
Sehingga kini, saya tidak dapat melupakan kisah ini, dan hingga kini jua saya masih tertanya-tanya tentang reaksi yang diberikan oleh ibu ini:
1. Adakah sebenarnya dia dalam keadaan tertekan kerana terpaksa masuk semula ke hospital dengan luka pembedahan yang terbuka dan dijangkiti kuman?
2. Adakah dia benar-benar telah mendapat informasi yang betul tentang penyusuan sebelum ini? Jika sudah, mengapa dia masih beranggapan bahawa penyakit asma yang dihadapinya boleh diturunkan kepada anaknya sekiranya dia menyusukan bayinya? Ataupun, adakah informasi yang didapati sewaktu ceramah penyusuan itu adalah salah?
3. Adakah saya benar-benar seorang yang mengganggu? Mengapa kaunseling saya tidak berkesan terhadapnya, malah hanya tak sampai 'suku' jalan?
Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Tuesday, June 8, 2010

"IBCLCs" and ""IBCLCs to be" Meet Up With Karolynn Vaughnn






Salam all. We had a small gathering at Susuibu.com Bangi on last month (May2010) and we had an opportunity to meet Karolynn Vaughnn, the Director for Asia Pacific International Board Lactation Certification Exam (IBLCE). I enjoyed the meeting and discussions very much, especially when Dr Ning (IBCLC), Kamariah (IBCLC), and Rita Rahayu (IBCLC) threw so much input to be discussed with Karolynn. From here, i get more motivation and support to continue with my study for this coming IBLCE exam on July 2010. I hope me, Ezura and Jess (3 of us will sit for 2010 exam for Malaysia region) will go through this exam successfully, so that we could help more Malaysian mothers to breastfeed exclusively.
Pray for our success...InsyaAllah.

My official Breastfeeding Management Training at Workplace

I had my first 18-hours Breastfeeding Management course in 2005, and later on in 2006 and 2009...followed by revised updated 20-hours Breastfeeding Management course in early 2010..(the contents are more or less the same, it's only an updated version from WHO). I had my 40-hours training as a Lactation Counselor in 2009, which made me more eager to help mothers in breastfeeding. Thanks to all who gave me support and strength to continue with what i am doing now. I would never forget my husband who always understand my work and give time for me to breathe whenever I slightly stucked with my time management....since I have to sacrifice and spend so much time daily till night to do the breastfeeding counselling...Definitely, it makes me tired and later i'll knock out in the end of the day (everyday), but i feel too much satisfaction by helping them.
Last but not least, thanks to both of my little girls who always left at home...but the breastfeeding does it miracle...i could still maintain the close relationship and tight bonding between me and my children. Whenever i reach my home, they still haven't sleep and waiting for me even during late night, and of course, i have to spend that little time (about half an hour) daily to play with them while other family members are snoring!!!! Never mind, it's part of our routine now.
This year is gonna be my big year...I am sitting an IBLCE exam to be an IBCLC (International Board Certified Lactation Consultant). I hope Allah give me strength to go on with that exam. I hope I could maintain my energy level and go along with my friends who committed themselves (like me) to support breastfeeding. InsyaAllah

The Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Programme-Northern Region Training






I had my training for Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Program in last February 2010. This program is the first breastfeeding mother to mother peer counselor program in Malaysia and it is fully funded by UNICEF and fully supported by WABA (World Alliance of Breastfeeding Action). I am proud to be a part of this program, which the objective is mainly to support mothers in Malaysia to continue exclusive breastfeeding. The first peer counsellors training was held in Penang and it was a very interactive sessions and memorable training. In the end of the session, we have made a large web/network among us and we hope that this network will continue to function and support each other.

Perak Breastfeeding Support Gathering in May 2010




We successfully gathered ourselves on 2nd May 2010, Sunday, at Padang Polo Ipoh. At this session, 13 mothers attended it (not yet including the fathers and children)and this breastfeeding support group gathering was conducted by 2 moderators (me and Nora a.k.a. Mamanoa). We discussed 3 topics related to breastfeeding which are : tandem nursing, issues of low milk supply, and the preparation of a pregnant mother towards exclusive breastfeeding. There were many inputs and outputs from the participants and most of them hope that this kind of gathering will be organised again next time. And I also hope mothers+family could join us in the future since our sessions are very 'santai', family-friendly and an interactive session.

My TANDEM Nursing Moment



I started my tandem nursing when my eldest girl was 1 year+10 months old and my youngest girl was just born. When i experienced the breast engorgement, my eldest girl will help me to relieve it...just let her breastfeed. And actually, it only reduced the engorgement for a while because the milk supply become more and more and very grateful to Allah since both of my girls had enough breastmilk supply even i was nursing the two of them. I felt like just gave birth to a twin babies....ehehehe
But it was not long...until when my younger baby was about 4 months old, i had to stop and prevent my eldest girl from continue to breastfeed. WHY??? Because at that time, she started trying to pull the breast nipple from her little sister's mouth whenever the younger sister was breastfeeding. So since after that, she never put her mouth on my breasts (but once a while, she will...only when the younger sister was not around)and I continued breastfeeding my younger little girl exclusively until 6 months. My younger child is currently 1 year+6 months and still breastfeed.

My Own Breastfeeding Journey

I am sure that most of you wanted to know whether i successfully breastfeed my babies...and the answer is YES, I AM. I am a working mom who is always busy and have very little time for my family. I always work outstation and unable to come back home for few days. Most of the time, I have to attend courses which will make me away from home for about 1 to 2 weeks.
I married my husband in 2006 and i started thinking about breastfeeding my baby since then (even before i get pregnant)because i was worry about the feeding plan for my future babies since my work schedules are always very hactic and never seems to settle down. I learnt by hard through magazines and internet because I haven't get my "official" breastfeeding education at that time. Only later in that year, i was provided and equipped with my first official knowlegde in breastfeeding management.
As a first mother, I also encountered problems like other first mommies have...all the latch on problems, positioning difficulties, emotionally distress at night due to baby's frequent feeding, nipple pain and sore, nipple cracked and bleeding, the severe breast engorgement which caused fever, but thank God, I did not experience mastitis and breast abscess.
How did I handle these problems? Of course, I CONTINUE to BREASTFEED my baby even my tears dropping very fast and my body & legs shaking to bear with that greatest sored nipple pain. I described the pain as a pricking & stabbing pain...just like if you have a big cut through your skin and it is bleeding, then u squeeze a fresh lime on top of it....YES, That's how i felt last time.
Experiencing all the difficulties did not make me stop breastfeeding...at that time i always prayed to Allah to give strength to continue breastfeeding since this is my CHOICE and the way I am going to grow my baby.
With all the tight schedule and i did not apply for the extra leave after that 2 months confinement leave, I only successfully breastfeed my first baby exclusively (i mean without adding the artificial formulated milk, water or extra foods) for 6 months. I think that was quite a high achievement for a working mom like me...and even not exclusive, my first baby was continuously breastfed until after the delivery of the younger sister (my second little girl). Then my tandem nursing started.....