Salam semua
Kini saya tampilkan pengasuh anak-anak saya iaitu Che Teh. Beliau berusia 40-an dan biasa mengasuh budak kecil di rumahnya. Walau bagaimanapun, saya adalah ibu yang pertama melatih beliau untuk memberi anak-anak saya susu ibu perahan (EBM). Che Teh mempunyai 5 orang anak yang sudah besar dan 2 daripadanya menuntut di pusat pengajian tinggi. 2 orang pula masih bersekolah di tingkatan 5 dan tingkatan 2. Gambar ini pula diambil sewaktu majlis perkahwinan anaknya yang kedua.
Pada awal pemberian EBM sewaktu saya bekerja, sememangnya Che Teh agak mengeluh untuk membiasakan diri tentang pengurusan EBM. Namun, tak sampai beberapa hari, saya dapati Che Teh telah menjadi lebih mahir daripada saya dalam mengendalikan EBM. Sehinggakan kini, beliau pula yang menyarankan kepada ibu-ibu lain supaya turut memerah susu ibu dan menyusukan anak secara eksklusif dengan susu ibu. Subhanallah!!!
Sebenarnya tidak susah untuk mengendalikan EBM walaupun di rumah pengasuh. Kepada para pengasuh kepada bayi-bayi yang menyusu secara eksklusif, saya ucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kerana membantu merealisasikan impian ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka walaupun sibuk bekerja.
Tidak lupa kepada para pengasuh yang masih belum sudi membantu, saya berdoa kepada Allah supaya dibukakan pintu hati semua untuk melihat sejuta kebaikan berkenaan penyusuan susu ibu.
Salam sayang dan salam ukhuwah dari saya.
No comments:
Post a Comment