Salam sayang kepada semua...
Sesungguhnya hati saya ditarik dan dirobek sebanyak 4 kali dalam bulan May 2010. Bayangkan betapa geramnya di hati apabila mendapat tahu sebanyak 4 orang ibu tidak dapat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun pada waktu itu bayi masing-masing hanya berumur 1 hingga 2 bulan...kenapa agaknya?
Ibu-ibu ini membawa anak-anak tersayang yang baru berusia 3 hingga 5 bulan untuk rawatan pesakit luar disebabkan asthma, alahan kulit, jangkitan telinga, dan kembung perut. Setelah memberikan rawatan yang sepatutnya, lantas saya bertanyakan perihal penyusuan. Sebab yang diberikan adalah sama iaitu penyusuan susu ibu terpaksa diberhentikan kerana bayi mereka mengalami masalah jaundis yang berpanjangan lebih dari 2 minggu...dan apa yang paling menyedihkan ialah mereka telah menerima nasihat yang salah berkenaan hal ini dari jururawat-jururawat yang sama dari sebuah klinik yang sama (kebetulan mereka ini mendapat pemerhatian susulan dari klinik yang sama kerana faktor tempat tinggal yang agak berdekatan dengan klinik tersebut). Begini bunyinya..."bukan saya yang nak berhentikan susu ibu ni, tapi nurse klinik tu yang suruh saya berhenti dulu sebab anak saya kuning lama sangat, dia suruh saya campur dengan susu tin tu dulu, kemudian kalau dah berhenti kuning, bolehlah sambung susu badan kalau masih ada air susu keluar waktu itu". Komen yang lain pula..."nurse klinik tu yang sarankan saya campur sikit susu tepung untuk kurangkan kuning anak saya masa itu". Kemudian saya bertanya tentang keadaan jaundis anak mereka waktu itu dan respon yang diberikan kepada saya semuanya sama, iaitu bayi mereka hanya mengalami jaundis berpanjangan tetapi tahap keterukan jaundis tidak langsung mencecah sehingga keadaan yang memerlukan kemasukan ke hospital. Walaupun mereka "mencampurkan" susu tepung, jaundis tetap tidak hilang serta merta dan hanya hilang dengan sendirinya selepas suatu masa yang lama iaitu bila bayi mereka berumur mencecah 2 hingga 3 bulan. Oleh kerana bayi sudah mula menyusu menggunakan botol, tambahan pula disusukan dengan susu tepung, sudah tentu ibu-ibu ini mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu ibu kemudiannya, seterusnya tiada lagi penghasilan susu ibu dan terjadi penolakan puting ibu di kalangan bayi mereka.
Sungguh sayu hati saya mengenangkan cerita-cerita bulan May ini (kerana semuanya saya jumpai dalam bulan May 2010).
Apa yang tidak kena sebenarnya?
Sebagai seorang ibu, tentunya ibu akan bimbang dan merasa tidak tenteram apabila diberitahu bahawa bayi kita mengalami masalah jaundis yang berpanjangan dan sekiranya terlalu tinggi, boleh menyebabkan kerosakan otak, pendengaran, dan lain-lain lagi. Sewaktu dalam keadaan gelisah apabila mengenangkan nasib yang bakal dihadapi oleh anak kelak, tentunya ibu akan mengikuti apa jua saranan yang membolehkan bayinya sihat dan normal sepenuhnya. Sepanjang sesi tersebut, saya langsung tidak menyalahkan mereka, malah bersimpati dan saya yang merasa bersalah kerana mereka telah mendapat nasihat yang salah dari orang-orang yang sepatutnya mengambil berat dan memberi nasihat yang betul berkenaan kesihatan mereka. Memangdangkan bayi mereka baru berumur di bawah 6 bulan, saya sempat memberi semangat kepada mereka untuk memulakan semula penyusuan (relaktasi) demi kebaikan anak-anak mereka.
Sungguh kesal! Sungguh malu! Sungguh marah!
1. Mengapa nasihat yang salah telah diberikan dari anggota kesihatan yang terlatih?
2. Sekiranya tidak pasti tentang apa langkah seterusnya yang perlu dibuat, mengapa anggota kesihatan ini tidak merujuk kepada senior atau yang lebih arif?
3. Adakah anggota kesihatan ini tidak maklum tentang polisi penyusuan susu ibu di Malaysia? Atau adakah dia seorang yang memang tiada masa untuk mengambil tahu atau untuk "update" dirinya dengan pengetahuan tentang penyusuan?
4. Hampa kerana dalam cerita ibu-ibu ini, anggota kesihatan lah penyebab kegagalan mereka menyusukan bayi secara eksklusif, sedangkan mereka amat berharap dan naluri keibuan itu telah mengatakan sejak awal bahawa mereka perlu menyusukan bayi mereka sendiri.
Maaf kepada semua kerana saya mungkin sedikit beremosi apabila menaip cerita ini... samada anda semua percaya atau tidak, saya menitiskan air mata di hadapan komputer saya sewaktu ini!!! Kepada semua anggota kesihatan (samada sektor awam mahupun swasta, tidak kira doktor, jururawat mahupun pembantu kesihatan), renungkanlah kisah yang saya coretkan ini walaupun ianya sedikit. Jangan kerana untuk menjaga statistik dan mengambil jalan mudah, anda telah menganiaya pesakit di bawah jagaan anda. Sesungguhnya buatlah kerja dengan ikhlas kerana ianya adalah suatu ibadah dan pahala yang amat tidak ternilai. Sebenarnya jika kita tidak ikhlas dalam menjalankan pekerjaan kita, kitalah yang telah menzalimi diri kita sendiri.
(susulan tentang perkaitan jaundis dan penyusuan susu ibu akan saya upload sedikit masa kemudian di bawah label "breastfeeding tips and lessons".
Harapan saya amat besar supaya tidak terdapat lagi cerita sebegini yang akan saya jumpa pada masa akan datang.
Salam sayang dari saya untuk semua.
FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH
We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masya-Allah..bukan ka apabila anak kene jaundis,harus dberi susu ibu dengan kerap..& bla jaundis tinggi,doktor akan letak anak bawah lampu biru..mungkin ilmu sy cetek..tp tika anak d masukkn d NICU,ramai baby2 yg mngalami jaundis,d minta ibu mnyusukan baby dengan kerap & letak d bawah lampu sepanjang masa tidur..selang sejam nyusukan lagi..
ReplyDeleteapapun,baby saya masih terus mbuat lawatan bjumpa pakar padiatrik,sy perhatikan salah seorang baby yg turut mbuat lawatan,adalah anak seorang nurse yang btugas d klinik itu sendiri..sungguh kesal bila mlihat anak beliau mnyusu FM,mlah d'akui sendiri oleh suaminya,anak mereka mnyusu FM sejak lahir..alahai ceteknya ilmu nya..alasan nya,jika mnyusu ibu,anak lambat mbesar..dengan FM anak lebih sehat..aduhaiii
dr nad: sy pon dlu pnah mengalami perkara sebegini. sy amat pelik dan keliru Y anggota kesihatan sendiri bersifat begini. ada yang kalanya menyamakan anak kite dgn anak diorang. lg satu mase sy pg timbang weight anak, diorang ckp below weight lak. doirang ckp xbg mkn ke? tersentap sungguh hati ni bile mendengar mcm tu. sy cume jwb my baby full breastfeed. pd pandangan diorang bby yg breastfeed tu haruslah gebu, gemuk dan tembam. n then diorang syor suh topup fm. sedih sgt rasenye. sy ingat kne ambil tindakan yg sepatutnya. klu xde kerjasama dr anggota kesihatan sendiri mcm mane ibu2 especially anak pertama nk ade byk pengetahuan psal bf ni
ReplyDeletehmmmm...apa yang realitinya terjadi memang menyakitkan hati saya. Bukan saja Nurul, anak sendiri pun kena juga. Sampai mereka nak beri bantuan KZM(kumpulan kurang zat makanan)...saya kata kat mereka, bagilah pada orang lain yang lebih memerlukan (padahal dalam hati saya tahu bukan anak saya yang bermasalah, tapi knowledge mereka yang ada masalah).
ReplyDeleteElle: memang betul apa yang u cakap. Kalau di SCN atau NICU, memang doktor di sana akan minta kira breastfeed anak secara penuh.
Fakta dan infor tentang breastfeeding and jaundice akan saya upload dalam minggu ni, maybe hari khamis nanti bila ada masa. Fakta tentang perkembangan bayi mengikut carta juga saya akan upload bersama kelak.
yes pls dr nad..perkembangan bayi ikot carta..nak dngr yang tuh.. anak sy..kurang berat..so graf nya tak elok la..adehh sedih..
ReplyDeletegood writing dr nadd!:) jumpe ur blog thru KIM...
ReplyDelete