Salam kasih sayang kepada semua.
Sejenak saya teringat sewaktu mula-mula saya melahirkan anak pertama pada tahun 2007 dan cabaran yang dihadapi sebagai seorang ibu baru yang berazam kuat untuk berjaya dalam penyusuan. Sememangnya bukan mudah, kerana walaupun saya seorang Kaunselor Laktasi, tetapi pada hakikatnya saya juga seorang manusia biasa yang memerlukan sokongan dari insan lain.
Kelahiran anak terutamanya anak sulung sememangnya dinantikan dengan penuh debaran dan limpahan kasih yang tidak terucap. Betapa sakitnya proses kelahiran itu, namun ianya hilang dengan sekelip mata bila dapat menatap wajah anak yang dinanti. Sewaktu itu saya berhadapan dengan cabaran yang mungkin lebih sedikit berbanding ibu lain, kerana saya telah ditakdirkan mendapat jangkitan "chicken pox" 4 hari sebelum kelahiran. Bayangkan pada waktu itu, belum pun saya melahirkan anak tetapi saya terpaksa berpantang disebabkan "chicken pox" ini. Saya juga telah diberi rawatan antivirus (Acyclovir) dan kami semua berharap saya tidak akan sampai waktu melahirkan dalam tempoh 2 minggu, atau sekurang-kurangnya tunggu selepas jangkitan reda. Namun, Allah telah mentakdirkan bahawa bayi saya iaitu SHARIFFAH AMNI MAISARAH, keluar pada hari ke 5 jangkitan sedang marak di badan saya. Oleh itu, saat kelahiran itu menjadi sedikit menyedihkan buat saya kerana saya langsung tidak dapat menyentuh Amni melainkan hanya melihat wajahnya sahaja, dan kemudian saya terpaksa diasingkan dari Amni sejak lahir sehingga jangkitan "chicken pox" itu benar-benar sembuh ( saya diasingkan sehingga bayi berumur hampir 3 minggu). Tiada "skin-to-skin contact" dan tiada "bonding initiation". Perasaan saya untuk membelai, paling kurang menyentuhnya membuak-buak setiap hari. Di minggu pertama, Amni ditempatkan di SCN (Special Care Nursery) untuk pemerhatian sekiranya ada berlaku jangkitan "chicken pox" kepadanya...Alhamdulillah tiada. Di minggu kedua dan ketiga, kami dikuarantin di rumah...Amni ditempatkan dalam bilik ibu bapa saya, manakala saya di bilik yang lain. Hendak menjengah pun tak dibenarkan.
Bagaimana dengan penyusuan Amni? Sememangnya saya terpaksa bekerja keras untuk memerah susu. Pada 3 hari pertama kelahiran, kolostrum saya keluar sedikit sahaja, dalam 1 oz setiap perahan. Namun selepas hari ke 3 kelahiran, saya berjaya mengepam hampir 16 oz susu setiap sesi perahan. Sememangnya proses mengepam susu dalam bulan pertama selepas kelahiran agak memenatkan kerana hampir setiap jam siang dan malam saya mengepam susu...Alhamdulillah, rezeki anak saya Allah beri. Namun seringkali juga saya merasa tertekan dalam diam kerana jadual tidur yang tiba-tiba berubah. Jika tidak memerah, dalam sekelip mata saya mendapat bengkak buah dada (breast engorgement) yang terlampau. Saya demam pada minggu pertama hingga kedua, dan kadang-kadang demam sewaktu minggu ketiga dan ke empat. Mujurlah saya tidak mendapat "mastitis". Seringkali juga saya tertekan apabila melihat orang lain, terutamanya suami saya tidur dengan nyenyak di waktu malam berbanding saya...Hmmm.....saya sememangnya tidak mahu menyusahkan mereka. Terima kasih kepada ibu saya, Puan Zaharah, yang tidak jemu membantu saya menyudukan EBM kepada anak saya selama waktu kuarantin, dan ibu saya lah yang turut berjaga memberi EBM di waktu malam kepada bayi saya. Keadaan saya kembali sedikit terurus apabila saya sembuh sepenuhnya dari jangkitan "chicken pox" dan saya dapat menyusukan Amni secara terus dari buah dada (direct feeding). Memang saya ada masalah sewaktu itu kerana "latch on" yang tidak betul, posisi penyusuan yang kurang selesa, "attachment" yang kurang tepat, dan semua masalah ini membuatkan saya mendapat "nipple sores" dan sakit yang tidak dapat digambarkan.Puting susu saya juga berdarah sekali sekala. "Nipple cracks & fissures" berpanjangan sehingga sebulan lebih. Ketiadaan sokongan dan sumber rujukan sewaktu itu tidak langsung mematahkan semangat saya untuk meneruskan penyusuan. Saya menahan azab sakit yang umpama "kulit dihiris dengan pisau tajam dan kemudian luka itu dititiskan dengan perahan limau nipis dan garam". Saya teruskan menyusu secara langsung dalam keadaan ini dan setiap kali sesi penyusuan, saya menangis dan mengalirkan air mata, badan dan kaki saya bergetar menahan kesakitan. Alhamdulillah kemudian Amni semakin pandai menyusu dengan betul dan keadaan puting saya semakin sembuh.
Apabila hampir dua bulan, stok susu perahan saya telah memenuhi ruang sejuk beku (saya menggunakan 2 peti sejuk di rumah, dan satu daripadanya memang saya beli khas untuk menyimpan susu perahan). Namun kedengaran juga saranan dan suara kebimbangan orang-orang yang lebih berumur dari saya kerana mereka bimbang saya belum lagi membeli apa-apa susu tepung....untuk "standby" kata mereka. Saya hanya memekakkan telinga dan berdiam diri kerana bagi saya, tidak perlu bertekak tentang hal ini, asalkan saya tahu apa yang saya buat dan saya pasti dengan pilihan saya, iaitu untuk menyusukan anak saya secara eksklusif dengan susu saya sendiri. Terima kasih kepada pengasuh anak-anak saya, Cik Teh, yang sanggup mengambil cabaran untuk memberikan EBM kepada anak-anak saya (sebenarnya pengalaman pertama untuknya juga dalam pemberian EBM).
Dan kemudian pada tahun 2008, saya melahirkan anak kedua saya iaitu SHARIFFAH AMNA MUNIRAH. Cabaran-cabaran yang saya hadapi sebelumnya menjadi lebih mudah, kerana pada waktu ini, semua orang di sekeliling saya telah sedia maklum bahawa saya adalah seorang IBU YANG MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA SECARA EKSKLUSIF TERUTAMANYA 6 BULAN PERTAMA. Alhamdulillah.
Jangan risau kerana selepas ini saya akan tampilkan POSTING LABEL: BREASTFEEDING TIPS & LESSONS, yang akan saya update sedikit masa lagi, bagi membolehkan saya mencari sumber rujukan yang tepat supaya ibu-ibu yang membaca blog saya mendapat sedikit panduan berhubung masalah dan pertanyaan penyusuan.
Selepas ini juga saya akan tampilkan pengasuh anak-anak saya yang pada saya sangat berjasa besar dalam membantu menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak-anak saya yang tercinta.
Salam sayang untuk semua.
FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH
We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
banyaknye susu..sedih la..susu saya sikit..macam2 dah cuba.. +kerapkan bg susu n pam.. tp hasilnya lebih kurang jek
ReplyDeletemungkin tinie kene lebih kerapkan penyusuan..then cari langkah untuk tambahkan ketenangan diri sewaktu penyusuan. Ini kerana kestabilan emosi sewaktu menyusui dan mengepam amat penting untuk menggalakkan pengeluaran susu. Selain itu, faktor pam juga kadang-kadang memainkan peranan penting. Secara am, "dual pumping" akan menggalakkan lagi pengeluaran susu.
ReplyDelete