Salam all
Hari ini adalah Hari Bapa. Apakah aktiviti yang telah anda rancang bersama suami, bapa dan anak-anak anda? Saya? Macam biasa...saya terpaksa kerja di hari minggu, tapi tak mengapa sebab dah menjadi rutin keluarga saya. Namun, saya tetap akan membuat sedikit acara sempena hari bapa. Nak tahu? Senang saja jawapannya...MAKAN!!! Betul. Jawapannya adalah MAKAN. Saya akan membawa keluarga saya bersama ibu dan bapa saya untuk meraikan hari bapa di sebuah restoran makanan laut di tempat saya. Saya tahu, mungkin aktiviti ini sudah terlalu biasa bagi anda semua. Namun aktiviti yang sekecil ini adalah yang amat berharga buat diri saya memandangkan saya adalah seorang yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas harian.
Kepada bapa saya, HAJI ARIFIN MOHAMAD...terima kasih kerana telah membesarkan saya, sabar dengan karenah dan pelbagai masalah yang telah saya buat, tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih juga kerana telah menjadi "role model" dan idola saya dalam menjalani liku-liku hidup dan terima kasih kerana abah telah menjadi "sahabat" saya yang amat memahami diri saya. Terima kasih untuk abah kerana sentiasa mendoakan yang terbaik buat saya dan memohon dari Allah supaya saya hidup dalam keberkatan dan sentiasa diberi petunjuk apabila membuat kesalahan. Tiada apa yang boleh saya berikan untuk abah sebagai balasan melainkan memohon dari Allah supaya abah dipelihara oleh Allah sentiasa dari segala keburukan di dunia dan di akhirat.
Kepada suami saya, SYED ZULHAZMY...terima kasih kerana telah menjadi teman hidup saya. Saya mendoakan abang menjadi bapa contoh kepada anak-anak saya sebagaimana abah saya menjadi contoh yang baik kepada saya. Saya juga sentiasa mendoakan supaya abang akan menjadi khalifah terbaik untuk keluarga dan mampu memimpin kami ke jalan yang diredhai Allah. Saya juga mendoakan supaya keluarga kita sentiasa dinaungi rahmat Allah dan sentiasa diberi hidayah dariNya di samping dikurniakan zuriat-zuriat yang mampu berjuang ke jalan Allah kelak.
Dan seterusnya kepada semua bapa yang ada di Malaysia dan di dunia...bantulah penyusuan susu ibu kerana dengan susu ibu lah kita semua menjadi manusia pandai dan insan yang berguna...dan dengan susu ibu juga segala kebaikan dapat dipelihara dan nilai kekeluargaan menjadi lebih bermakna.
Salam ukhuwah dari saya.
No comments:
Post a Comment