FOR ALL MOMS AND DADS WHO ARE PASSION TO NUTURE THEIR BABIES WITH THE LOVING TOUCH

We all know that we (all moms and dads) are the most excited persons in the earth waiting for our babies to be born...and we will always try to give our best in nurturing them. I always believe that Our Merciful God has given us our beloved babies to colour and brighten our life with full of love and as a completion to our feeling as a human being, to have the pleasure as a mother and father, and to make us more responsible to what we owned. I also believed that nurturing started from inside the womb, then continues till the time of delivery and from the moment our babies started seeing this world. And, I also and always believe in "natural parenting" which help us to bring our children in a healthier, greener & more friendly towards our environment, lesser hassle, and a safer community for the future world. Of all these, this is why I feel that it is very important and "crucial" to start it with breastfeeding.I don't have much to offer all my friends here other than sharing the experiences, supporting each other and experimenting the new tips in growing and nurturing our children in a natural way. So, HAPPY SHARING!!!

Wednesday, June 16, 2010

Jaundis & Penyusuan Susu Ibu

Kejadian jaundis di kalangan bayi baru lahir adalah agak biasa dan dianggarkan lebih kurang 60-70% bayi baru lahir akan mendapat jaundis. Sewaktu di dalam rahim ibu, bayi mempunyai jumlah sel darah merah yang agak besar (jenis HbF) untuk membantu menyesuaikan diri dengan keadaan di dalam rahim yang hanya bergantung kepada bekalan oksigen dari ibu. Sewaktu lahir pula, bayi kemudiannya dibekalkan dengan sejumlah darah yang banyak memasuki tubuhnya sejurus sebelum tali pusat dipotong, dan sewaktu beberapa hari pertama selepas kelahiran pula, tubuh bayi banyak menghasilkan sel-sel darah merah yang baru bagi membantunya menyesuaikan diri dengan keadaan di luar rahim kelak. Gabungan proses kejadian inilah yang menyebabkan bayi baru lahir mempunyai lebih sel-sel darah merah (termasuk sel-sel matang dan yang baru). Oleh itu, sel darah merah yang berlebihan dan yang sudah mencapai tempoh hayatnya terpaksa dimusnahkan. Proses pemusnahan atau degradasi ini berlaku di hepar. Namun, hepar (hati) bayi baru lahir belum mencapai kematangan yang sepatutnya. Oleh itu, pemusnahan dan pemecahan sel-sel darah merah tadi akan menghasilkan sejenis pigmen dipanggil bilirubin (dalam kes ini, biasanya jenis "unconjugated bilirubin") yang akan berkumpul di permukaan kulit bayi. Kebiasaannya, bilirubin yang terhasil akan dikeluarkan dari tubuh bayi melalui najis (faeces).
ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN JAUNDIS DI KALANGAN BAYI MENYUSU SUSU IBU DAN BAYI YANG DISUSUKAN SUSU TEPUNG FORMULA?
Ya,memang kebiasaannya terdapat perbezaan. Para penyelidik mendapati bahawa jaundis di kalangan bayi yang disusukan susu tepung formula adalah lebih pendek dan biasanya sehingga bayi berumur 10-12 hari. Manakala, didapati bahawa bayi yang disusukan susu ibu secara eksklusif mengalami jaundis yang lebih lama iaitu mencecah sehingga bayi berumur 1 hingga 2 bulan. Walaupun tempohnya lebih lama, namun paras bilirubin tidak langsung mencecah tahap yang membahayakan dan biasanya kurang dari 10gm/dl.
MENGAPA INI BERLAKU?
Kejadian jaundis yang agak lama di kalangan bayi yang disusui susu ibu secara eksklusif berkemungkinan kerana susu ibu dipercayai mengandungi bahan yang mempercepatkan penyerapan semula bilirubin di usus bayi. Oleh itu terdapat pengumpulan semula bilirubin di dalam badan bayi. Adakah bermakna susu ibu tidak sesuai untuk bayi? Tentulah jawapannya susu ibu adalah yang paling sesuai untuk bayi. Fenomena inilah yang dipanggil BREASTMILK JAUNDICE, setelah faktor penyebab yang lain telah disiasat oleh doktor bayi. Sekiranya paras bilirubin berpanjangan dan mencapai tahap yang bahaya, mungkin terdapat faktor lain seperti kekurangan enzim tertentu atau terdapat DNA yang tidak normal di dalam badan bayi...bermakna doktor perlu memeriksa lebih lanjut.
APAKAH HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN JAUNDIS YANG LAMA DI KALANGAN BAYI DISUSUI SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF?
Tentunya ramai yang tidak mengetahui bahawa bilirubin yang menyebabkan kejadian jaundis ini sebenarnya adalah salah satu agen anti-oksida yang sangat poten atau sangat berkesan di dunia. Kajian penyelidik mendapati bahawa fenomena jaundis berpanjangan ini merupakan satu faktor pelindung daripada mendapat kecederaan usus disebabkan kekurangan bekalan oksigen (ischaemic bowel injury) di kalangan bayi baru lahir. Manakala kajian yang dijalankan di kalangan orang dewasa yang mempunyai tahap bilirubin yang sedikit tinggi (ini boleh didapati di kalangan pesakit Gilbert's Syndrome, iaitu satu keadaan kekurangan eaktiviti enzim konjugasi bilirubin secara genetik)mendapati bahawa golongan ini agak terlindung dari risiko mendapat penyakit jantung dan kanser.
Lihatlah kekuasaan Allah...setiap yang berlaku ada hikmahnya!!!
APAKAH PULA "BREASTFEEDING JAUNDICE"?
Keadaan ini pula berlaku disebabkan kelewatan bayi mendapat susu ibu. Ianya kerana kekurangan kalori dalam badan bayi menyebabkan bayi berlapar ("starving").

Oleh itu, bagaimana untuk menghadapi situasi akan datang sekiranya anak anda mempunyai jaundis berpanjangan walaupun disusui susu ibu sepenuhnya?
1. Bawa berjumpa doktor supaya dapat dipastikan bahawa tiada penyakit berbahaya lain yang sedang dihadapi oleh anak anda.
2. Yakinlah dengan susu ibu.
3. Sekiranya anda disarankan supaya memberhentikan susu ibu walaupun sementara waktu, anda boleh mendapatkan pandangan dari yang arif, contohnya Pakar Laktasi atau Kaunselor Laktasi terlatih.

Salam sayang dari saya.

5 comments:

  1. Dr Nadrah, sya nak copy paste hikmah jaundis lama tu ye...thanks. Nanti saya linkbank semula.

    ReplyDelete
  2. Salam Dr, nak bg link kat kwn saya. anaknya pernah kena jaundis ni. TQ

    ReplyDelete
  3. salam...link la, saya tak kisah sebab semua akan dapat pahala menyebarkan ilmu kan?

    ReplyDelete
  4. Thanks for for this is info, never read it anywhere before.

    ReplyDelete
  5. aslm doc, saya minta izin copy paste ke blog ya... kedua-dua anak saya jaundis almost sebulan, hari2 berulang-alik ke kkia ambik darah, mmg nurse kat kkia ada sarankan utk bg fm kat anak supaya jaundis cpt turun, tp saya ignore kan je saranannya...

    ReplyDelete